Friday, June 22, 2012

Tuesday, June 19, 2012

:: Apa sebenarnya...


Bukan nak fikirkan yang bukan-bukan.. Tapi terdetik dihati , ada sesuatu yang tak kena dengan hidup aku sekarang dengan apa yang sedang belaku..

Aku was-was.. Apakah masih ada sihir untuk memusnahkan rumahtangga orang? Ya allah, aku mohon ini cuma andaian aku..
subhanallah... Astagfirrullahalazim... 

Dalam setahun kebelakangan ni, aku sering mimpi ular.. macam-macam aku mimpi ular.kena patuk, kena kejar, kena belit..
Satu mimpi aku pernah kongsi kat entry ini..
 Tapi aku tak fikir lebih-lebih masa tu.. 

Dan sekarang, lepas satu , satu benda yang jadi.. yang boleh buat hati aku kata, ini diluar kebiasaan..

Entah la, agaknya ini satu lagi dugaan Allah untuk aku.. 




Monday, June 18, 2012

:: Stress..




Stress sangat-sangat..
Mood down sungguh-sungguh..
Air mata jadi peneman lagi.
Betullah.. Aku tak kuat pun.
Aku kalah sebelum sempat berjuang..
Aku ketinggalan waktu..
Aku yang patah terluka. Rebah tersungkur ..

Aku lelah dalam memburu kasih sejati..
Aku yang hilang arah dalam berjuang ..
Silap perhitungan kah aku?
Tolong ajarkan aku teman...
Aku lelah sendiri .... sendiri aku tewas... sendiri aku lemah...



Allah tak akan bagi ujian dan dugaan diluar kemampuan hambanya..






Sunday, June 17, 2012

:: Puas ,lega,...




Hari ini dalam sejarah untuk aku.. Tak pernah sebelum ni aku seberani, setekad dan berterung terang macam ni ...  Lega.. memang sangat lega.. biar tak dapat apa yang aku nak.. tapi aku lega, aku puas sebab dah tercurah walaupun sikit.. 

Dah banyak kali aku beralah . Dah banyak benda yang aku pendam.. Dah lama aku berdiam . Dah lama aku  hanya memandang apa yang orang buat kat aku.. 

Dan hari ini, aku puas.. dan keazaman aku hari ini, aku akan pertahan kan apa yang sepatutnya... Aku tak ingin menangis sendiri lagi ... Aku ingin bangun mengorak langkah , biar pun goyah, biarpun sakit,aku telah bersedia.. 

Ya Allah, tabahkan hati ku , penuhkan kesabaran didadaku.. Permudahkan segala urusanku... Jika benar dia  masih lagi jodohku, dekatkan hati kami, jauhkan mata-mata yang berniat jahat, dan jika benar jodohku sampai disini, kau tabahkan hatiku, kau jauhkanlah hati kami, kau permudahkan segala urusan.. Amin..


p/s:- aku tutp comment untuk post ni.. Aku mohon semua rakan2 yang menbaca posting ni,doakan aku..


Thursday, June 14, 2012

:: Cinta facebook...




Persoalan yang mudah. Jawapan yang rumit. Apa kata korang semua. Mari kongsi sama-sama kalau sudi.

Semua ada facebook kan. Boleh bilang dengan jari siapa yang tak de.. Boleh ke? boleh la kut...Kisahnya begini.. errr...tak reti nak huraikan la pulak...hadoiii...

Ringkaskan cerita , cinta facebook. Anak gadis dengan suami orang.. bercinta hanya difacebook..dan kemudiannya melarat ke sms dihenpon.. tapi tak pernah berjumpa.. sebab jauh, sorang di malaysia, sorang di indon..cuma sms jiwang-jiwang, rindu-rinduan...

Persoalannya yang bermain diminda, siapa harus disalahkan? Sisuami atau sigadis itu ? Salahkan sisuami yang gatal  iye lah jugak, salahkan sigadis yang melayan atau menggoda sisuami?

Difacebook sisuami dah terang-terang statusnya "married with..." . Dan photo keluarga berlambak kat "photo"..

Jadi, sigadis kah yang gatal, sengaja membuat huru hara rumahtangga orang atau sisuami yang terlalu pandai menabur ayat power?




pst, jangan tanya aku siapa sisuami itu dan sigadis itu.. kamu-kamu yang pernah terlibat dengan suami orang, fikirlah, kamu juga perempuan.. jika perempuan tak memahami hati perempuan, siapa lagi...
lainlah kalau memang ditakdirkan kamu berjodoh dengan suami orang..
hanya Allah yang menentukan...






Wednesday, June 13, 2012

:: Wordless Wednesday .. 1





Hanya kita yang tahu erti bahagia.. Tak sama bahagia kita dengan bahagia orang lain..Ada bezanya.. Syukurlah dan berbahagia kita seadanya kita.. 



Tuesday, June 12, 2012

:: kena paku la pulak...



kaki Afiq kena paku..teruk jugak la.. betul-betul kat tapak kaki..

Tapi dah spesis ta reti duk diam, tak boleh jalan, dia merangkak.. memang tak duk diam..

Sekolah nampak gaya nya cuti dulu untuk 2-3 hari...

Susah jugak nak layan kerenah dia bila dia sakit nih... mengada-ngada lebih la pulak.. layan je lah...




broadband slow giler, tak boleh nak blogwaking buat masa ni.. boring jugak...


Thursday, June 7, 2012

:: Diam....

Diam...

Sering kali aku terdiam dalam banyak hal..
Hal yang tak pernah aku redha..
Seringkali "diam" aku disalah erti..

Entah..
Penat.

Syhhh... aku memang penat..

Jalan aku lalui masih berliku
Mana arah harus dituju, aku masih buntu..
Masih berada disimpang jalan..
Kiri dan kanan, harus kemana aku?


Diam aku bukan kalah...
Diam aku bukan rela...

Diam aku mencari ketenangan
Diam aku menjunjung maruah
Diam aku menahan duka
Diam aku kerana hati-hati kecil itu, perlu aku bajai...




:: Dah ok ..





Komputer rosak.. baru ok.. baru boleh update blog..