Monday, June 27, 2011

:: Bila masalah dah sebati...




Siang tadi , ofismate tanya aku, apakah pernah aku hadap masalah? Apa cara aku hadapinya? Aku senyum je.. aku pandang je muka dia.. Teman aku yang sorang ni, hari2 bercerita masalah hidupnya.. sampai pernah satu hari dia kata, dia tak sabar menunggu mati kerana dia sudah cukup derita...< dia bukan islam >  Dia tanya aku, apakah aku takut mati? Lalu jawapan aku , YA, aku takut mati sebab  bekalan aku belum cukup..sikit yang amat...

 Lagi dia tanya aku, apakah hidup aku tak pernah ada masalah?? Aku tarik nafas panjang,... 
Aku katakan padanya, aku tak pernah rasa sedetik tanpa masalah...sekarang ni pun aku ada masalah....yang tak pernah surutnya, yang sentiasa datang tanpa dapat ditepis..

Tanyanya lagi, apa yang aku buat? 
Oh teman, aku tak pernah minta masalah datang, aku tak pernah minta jalan hidup aku begini.. Aku pernah menyesal tapi untuk apa, bukan masalah terus hilang pun.. aku nak merungut pun pada siapa? siapa yang masih sudi mendengar ? ya, aku punya kawan, tapi setakat mana pun boleh aku cerita , ada hadnya.. 

Dia mengeluh, katanya, kenapa hidupnya banyak masalah... 
Aku katakan padanya, untuk aku yang beragama islam, itu tandanya Allah sayangkan aku.. Allah pilih aku untuk diuji, kerana setiap yang datang itu ada kemanisan yang tersembunyi.. cuma aku yang tak pernah bersyukur atas segalanya.. 

Kalau Allah sayang, kenapa Dia bagi masalah?
Kerana Allah tak kan bagi kita masalah yang kita tak mampu nak hadapi. Dia takkan bagi kita ujian diluar batas kemampuan kita...

Teman aku diam sekejap sebelum dia bertanya lagi.. Apa masalah aku?
Ohh.... masalah aku sangat rumit pada aku, sangat enteng pada pandangan orang.. dan rasanya, belum masanya aku kongsi masalah yang telah sebati dengan jiwa aku... 


Buat teman , 

Hari2 kau mengadu itu ini pada aku, seribu masalah. kadang sampai kadang tidak.. tapi banyaknya aku cuma menganguk tanda faham.. tapi kadang aku tak tau pun apa hujung pangkal cerita..
Tak kisahlah kan, janji aku dengar, janji kau senang hati..

Kadang aku jeles , aku cemburu, kerana kau mampu jugak bercerita masalah, kau ada tempat mengadu, kau ada orang yang sudi mendengar.. 
Sedang aku, hanya memendam, tak terluah.. hanya diblog menjadi tempat curahan rasa..
Bukan tak punya teman tapi iya lah, aku tak pandai mengadu masalah.. takut lain jadinya nanti... 

Aku masih punya suami, tapi seperti ada yang tak kena.. terasa seperti ada ruang kosong antara kami... ruang kosong yang aku sendiri tak mampu isi.. Dia bukan lagi pendengar setia, yang sudi untuk berbicara tentang hidup aku.. Cukup pasal suami aku.. 

Teman,
Aku punya masalah sudah sebati, sudah beku bersama perjalanan masa .. Sakit. Beban yang berat.. Tapi apa daya aku? Semua itu aku hadam bersama luka, parut dan segala beban.. Dan kini, tak perlu ditanya bagaimana aku menyelesaikan masalah hati aku, kerana ia nya tak pernah selesai, kerana aku tak pernah cuba untuk selesaikannya... kerana aku yakin dan pasti, sekali aku melangkah , aku membawa bersama hati2  insan2 yang aku sayang... dan setiap keputusan yang terlintas dihati, lintasan wajah2 mereka menyekat setiap tindakan.. ...



11 comments:

  1. biasa kalo sesuatu masalah tu kita hadap tiap2 hari...lama2 lali la...:)

    ReplyDelete
  2. sahabatku fiqas..
    semoga terus tabah dlm menghadapi ujiannya.. apabila kita berasa kita tidak punya sapa2 dalam hidup kita, ingatlah..Allah sentiasa ada bersama kita..

    rindu jugak pada sahabat saya ini.. lama sy tak ke sini. saya dibelenggu masalah kesihatan..alhamdulillah kini makin baik dan sy sedang giat mendapatkan kecergasan dulu melalui senaman yg sedikit lasak dan berterusan..waktu saya sakit, saya sedar bahawa kesihatan adalah kunci kebahagiaan kita..

    ReplyDelete
  3. emm nape sis .. semoga terus tabah .. insyaAllah masalah tu akan selesai jika kita cuba untuk selesaikannya .. jika ada ruang , bawak berbincang supaya ruang tu jadi makin besar .. insyaAllah ,Allah xkan membebani umatnya jika umatnya tak mmpu hadapi .. so qaseh tahu sis mampu =)

    ReplyDelete
  4. apa2 jua pun yg Allah berikan pada kita itu adalah yang terbaik. hanya Dia yg Maha Mengetahui rahsia disebalik sesuatu itu.

    smile always Fiqas!

    ReplyDelete
  5. sudah berair mata mama membaca entry ini..krn mama juga punya rasa....krn mama juga sedang melalui saat2 sukar dlm hidup...mama ada suami...tp jiwa mama masih kosong...kekosongan yg tak mungkin terisi sampai mama mati....mungkin fiqas fhm maksud mama..

    setiap dr kita pasti ada masalah masing2...mama juga pernah rs give up....mati akal utk terus melangkah....tp di saat semuanyaa seakan gelap...hanya pd Dia saja tempat mama berpaling dan mengadu....InsyaAllah hati akan rs sedikit tenang....

    ReplyDelete
  6. @Papa Mifzya betul,klu dah hari2, mmg dah jadi asam garam dalam hidup..

    ReplyDelete
  7. @a.samad jaafar terima kasih.. saya selalu berharap agar sy sentiasa tenang dalam menghadapi masalah..

    semoga mad cepat sembuh..

    ReplyDelete
  8. @Qaseh dalia adelia thanks qaseh.. ya, saya tau saya mampu.. :)

    ReplyDelete
  9. @Mama Gee saya faham.. semoga kita sentiasa diberi sedikit ketabahan dalam melalui saat2 sukar...

    ReplyDelete
  10. mana ada org tak ada masaalh? 2 jenis manusia jer kat muka bumi ni. yg ada masaalh dan org lain tau dia bermasaalah dan yg ada masaalah dan dia simpan diam2 tak siapa pun yg tahu...be strong dear.

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..