Lama betul tak jenguk blog kawan2... rindu .. tapi keadaan tak berapa nak bagi izin.. Rindu jugak nak menulis disini.. banyak cerita nak dikongsi.. tapi ada banyak halangan..
Badan tak sihat lagi.. ubat dah habis ditelan, masih macam tu jugak... batuk tak hilang lagi... tak selesa ..
Minggu lepas balik kampung tengok ayah mertua .. uzur.. sakit orang tua.. lama dah aku tak balik sana...
Nampak gembira dia tengok anak cucu dia balik.. selera makan.. mak mertua cakap, sebelum ni makan tak lalu....sejemput pun belum tentu habis..
Tapi kitorang balik hari tu, sepinggan licin.. rindu anak cucu la tu.. tambah lagi ngan cucu dia yang nakal sangat tu... kecoh rumah walaupun dia sorang...
Hari nak balik k.l tu, masa nak salam , aku perasan mata nya merah berair... dia sedih anak cucu dah nak balik.. kesian pulak aku tengok... tapi nak buat cam mana, kami pun ada tanggungjawb jugak .. nanti kami balik lagi...
Sehari dua lagi, anak2 yang lain pulak akan balik... harap2 ayah tak terasa sunyi sangat bila anak2 bergilir2 balik cam tu kan...