2 minggu lepas aku satu family ke Pangkor. Ma abah dan adik2 aku dari kelantan terus ke Lumut. Aku dan suami dari Shah alam.. Sampai jeti Lumut dah dekat pukul 1 lebih.. Kesian diorang tunggu lama..
Percutian ke Pangkor memang seronok.. Apatah lagi dengan family. Cuma adik lelaki aku je sorang tak ikut. Tak dapat cuti...
Sewa chalet kat Teluk Nipah, D'Lima chalet.. memang puas hati.. service yang ok. Chalet pun ok. walaupun ada yang tengah nak renovate. Tapi suasana ok la. tak ada gangguan dari pengunjung lain.
~ ini lah ma , abah n adik bongsu aku ~
~ itu afiq ngan adik aku, menuju pantai ~
Aktiviti hari pertama cuma mandi pantai je petang ni.. best sangat.. Afiq paling seronok, mula tu dia takut.. lepas dah masuk dalam air, langsung tak nak balik.. jenuh pujuk , siap nangis la kat pantai tu...
Malam kitorang keluar makan kat tepi pantai tu je.. makanan boleh tahan. Fresh sangat seafood dia..
~ Afiq makan paling banyak malam tu, orang lain belum start makan, dia dah habis sepinggan ~
Lepas makan ronda2 tepi pantai, cuci mata kat gerai yang banyak berderet tepi jalan ..


