Monday, September 20, 2010

Buat aku jeles...


Kejadian manis yang buat aku jeles baru berlaku sebentar tadi...Lokasi, Giant sek 13.. Jam 1.30pm.. Aku sedang syok menikmati mee sizling food court Giant tu la, mana lagi kan...Aku dengan kawan office la...berdua. Tumpang meja pasangan pakcik n makcik ni sbb kat situ time lunch cam ni mmg ramai orang..Tgh sedap makan, kawan aku ni tetiba je cuit aku then dia cakap " ko tolong la tu"...
Ohh..aku memang makan tak pandang orang..rupanya makcik sebelah aku ni tak berapa sihat...guna kerusi roda..Masa makan tu dia duduk atas kerusi, bukan kerusi roda tu la...So, dia nak bangun duduk atas kerusi roda tu balik la...Susah payah dia nak bangun...Tu sebab kawan aku ni tadi suruh aku tolong..sebab Makcik tu pun sebelah aku je...Aku pun tolong la papah dia...Makcik tu cakap dia baru lepas operate buah pinggang....Ooooo....

Yang aku nak cerita kat sini bukan la kisah aku tolong dia semata2...tapi disebaliknya....Yang buat aku jeles?? ya... buat aku jeles...aku tersentuh jugak...Betapa Pakcik tu walaupun isterinya berkerusi roda, dia tetap sudi menemani...Hanya mereka berdua, sanggup dia tolak kerusi roda isterinya untuk lunch kat food court tu..Dan dia juga sanggup jaga isterinye waktu sakit cam tu..Tadi, saya lihat air muka Pakcik, tak ada riak yang tidak menyenangkan, malah tutur bicara nya lembut je bila waktu berbicara dengan wife dia..tersentuh hati aku...Aku jeles ngan Makcik tu sebab diusia begitu pun dia masih punya suami yang masih prihatin, yang tetap serlahkan rasa kasih sayang untuknya..


Lelaki2 diluar sana, yang bergelar suami terutamanya, sanggup kah anda menemani isteri yang tak berdaya keluar ditempat umum begitu? Ya, ramai yang sanggup, tapi ikhlas kah  anda?? anda tak sanggup kan kalau diberi pilihan?? Sanggup ke anda jaga isteri yang sakit?? Ahh, paling2 pun mesti anda hantar balik kampung, bagi saje pada mak ayah jaga....alasan anda mudah, anda kerja, tak tau nak jaga, dan macam2 lagi...Ya, aku tau tak semua, tapi susah nak jumpa.....

1 comment:

:: Apa kata hati ..