Thursday, August 4, 2011

:: Cerita suami isteri..?


Malam tadi jumpa sepasang suami isteri ni.. Suami nya kawan husband aku la.. dah pernah jumpa diorang 2-3 kali sebelum ni..Tapi aku agak tak berkenan dengan si isterinya.. Bukan apa, dia agak terbuka sangat dalam berbicara.. err, cam mana ye nak xplain? dia macam tak ada rasa sensitif.. masuk bab dalam kelambu sekali.. adoi, itu bukan aku punya type la kalau nak bercakap pasal benda macam tu.. agak sensitif.. lagi pula itu masuk dalam rahsia suami isteri.. rahsia rumahtangga.. 

First time jumpa dulu pun dia dah sebuk duk tanya pasal anak.. sebenarnya ini issue sensitif la.. lebih lagi kalau org tanya depan2 suami aku.. aku malu... tak tau nak jawab apa.. senyum.. Dah ada sorang pun aku bersyukur sangat.. nak tambah lagi, itu semua rezeki dari Allah.. 
Aku tak suka dia duk asak aku dengan macam2 soalan.. makan ubat perancang ke? rancang sendiri ke? tak mau anak lagi ke? cukup ke satu? muda2 kena buat anak dulu... aduiii.... tahan nafas aku.. dah aku bagitau, tak ada rezeki, lagilah duk tanya macam2..

Aku tak suka sebenarnya kalau orang tanya pasal anak depan suami aku.. sebab aku akan jadi malu.. aku segan.. aku akan jadi blurr.. cukup sekadar bertanya lebih kurang dah la... 

Lagi satu kalau orang yang suka sangat duk tanya pasal hubungan suami isteri ni.. pun aku tak suka dan tak minat.. bagi aku benda tu bukan untuk dikongsi..Takkan nak amik tahu dan nak bagitau orang berapa kali kita "bersama" ? tak malu ke nak tanya orang? tak malu ke nak bagitau orang?



6 comments:

  1. ek citer dlm kelambu pun dia cerita .. qaseh tak suka jugak org jenis cmni ,kita pulak yg malu lebih2 lg cite pd yg belum kawen ..soal anak tu rezeki Allah .. lau xde tak prlu lah bangkit2kan

    ReplyDelete
  2. dia sebenarnya nak cari point untuk menceritakan kehebatan suaminya barangkali.so kalau dilayan,maka lebih berpanjangan lar.

    ReplyDelete
  3. uish,segala bagai dia cerita..kang makin dilayan makin merepek je dia cerita kn..hihi
    perempuan,tudung,puasa??

    ReplyDelete
  4. pernah jugak jumpa makhluk yg mcm ni.. tadah je telinga.. nak citer dari aku..sori !!

    ReplyDelete
  5. Promosi :
    Salam, ini nak beritahu....sya nak promosi blog awak atau siapa2 je....jom lah ikut....sepanjang bulan ramadan ini.

    pergi je di http://cayob.blogspot.com/2011/08/segmen-c-ayob-promosi-blog-secara.html

    ReplyDelete
  6. hal2 dlm kain bioo le kita sja yg mengetahuinyaa...

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..