Saturday, May 26, 2012

:: Harumnya ...




Aku suka bau rumput... harumnya memang semulajadi... rasa segar. Lagi-lagi kalau rumput baru dipotong.. ermmm, semerbak harumnya.. 

Pagi tadi abah potong rumput.. Aku buka semua tingkap rumah. Biar harumnya yang segar tu meresap masuk kedalam rumah.. Biar kesegaran terasa..

Kawan aku kata , aku macam kambing, suka rumput... biarlah.. yang penting, bau rumput tu buat jiwa aku rasa segar, nyaman, tenang...





Friday, May 18, 2012

:: "1st Giveaway By Iena Eliena"..



As salam...

Hari ni jadi rajin nak join GA dari Eina Eliena ... Tambah pulak hadiah nya memang meletop...

Kalau nak join , redahlah blog cik Iena ye...klik kat gambar atas...

Saya join sebab Cik Iena yang invite sendiri, tak ada orang tag saya pun..:)

Semua syarat2 dah buat... Harap ada rezeki nak menang hadiah2 ni :-



Top Referral 
- Busana Muslimah daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 100 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
Tempat Pertama
- Domain + own domain email selama setahun
by Nahrinet
- Busana Muslimah Daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 200 ++
- Dua Helai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)

Tempat Kedua
-Busana Muslimah Daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 200 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)

Tempat Ketiga
-Busana Muslimah Daripada
Muslimah Couture Online Boutique
Bernilai RM 100 ++
- Sehelai Tudung Bersulam Manik
By Cik Iena
- 1x Make over By cik iena (event/bertunang/nikah/bersanding)

Aku nak tag mereka2 ni untuk sama2 memeriahkan lagi GA ni..:-

Mama Gee
Kancil
ecah
ciktom
lina

dan semua yang baca entry ni..:)



Wednesday, May 16, 2012

:: Bersiaran lagi...


Seminggu lebih rasanya aku tak update blog... computer rosak .. baru ok je ni.. 

Ada cerita nak dikongsi tapi bila nak taip, lupa terus... 


Hati tengah tak keruan.. tak tenang... tengah fikir apa harus dibuat....strategi apa nak diguna pakai.. 

Macam nak berperang la pulak.. tapi itulah, peperangan untuk memenangi kebahagian... semoga aku berjaya... 





" Lebih baik aku menangis kerana kamu berterus terang daripada aku tersenyum tapi kamu berbohong"