Friday, December 31, 2010

:: Memang macam ni ke...

Salam semua...Dah tidur ke ? Belum? meh tolong aku...aku tengah konpius nih...Cam ni, dulu, aku mekap blog aku ni guna browser Mozilla ... Ok je..setel la.. Tapi tadi aku buka blog aku guna IE... Ada something wrong la pulak...2-3 kali aku duk refresh..sama jugak....


 
 Cuba korang tengok tu, blog list kat side bar aku tu, jadi bertindan-tindan...tengok yang aku bulatkan pakai marker biru tu...

Lepas tu aku try buka pakai Mozilla lak...ok je pun ..Tu la aku nak tanya korang ni...memang akan jadi cam ni ke? almaklum lah , aku ni bukan pakar sangat bab2 cam ni...Kalau memang akan jadi cam ni, tak best la...ada solution tak untuk elak jadi cam ni??? iye la, bukan semua orang masuk blog aku pakai mozilla kan... kalau yang masuk guna IE tu, nampak comot la blog aku ni...huhuhuhu.....Korang ada idea tak??? korang kan bijak pandai semua....hehheeeh

Streamix lembab la malam ni...spoil je..baru nak join segmen kat blog Ben... hailaaaa.....macam la aku tak bayar bil lak...lembab kalah siput bab* baru belajar merayap....

Thursday, December 30, 2010

:: confirm esok cuti...


Yesss. !!!! esok aku cuti gak...bukan korang je...hahhahaha....seronok seronok....Dan apa yang paling best ialah....Simangkuk ayun kat office ni minta aku kerja esok....Dan aku dengan berlagaknya cakap kat dia, esok aku cuti....hahahhaha.....padan muka...layan la auditor tu sendiri esok.....

:: Esok cuti ....


Semua tahu kan Malaysia menang Piala Suzuki..errrr, betul ke Piala Suzuki? aku tak minat n tak tahu sangat pasal bola..Yang aku tau Malaysia menang...Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih jugak.. Lepas ni cuba bolos Piala Dunia lak...:)




 Dan sebab Malaysia menang, PM dah umumkan esok cuti...yihaaaaa...ya beda beduuuu....part ni la yang aku seronok sekali...hahahah...bukan senang nak cuti mengejut cam ni.. Tapi kan,. iyeee...ada tapi disini....Tapi kan, compony aku ni... eceehhh bila lak jadi aku punye ni ...heppp, tempat aku keje la... bukan boleh kira sangat pun...entah2 esok tak cuti kat sini...aku tunggu result dari HR dulu lorrr....



Happy betul aku pagi ni beb....sebab EN.BEN dengan senang hati dan sukarela tanpa paksa rela, sudi promote blog picisan aku ni ....wahhhh....terharu mak nyah...hhahahahah..patutlah pagi tadi buka blog tengok follower bertambah lain macam gayanya...pelik aku..aku agak sesuatu telah berlaku, terus aku ke blog BA..godek2, jumpa...oooo...BA promote blog aku kat post dia yang ini....terima kasih BA, jasamu dikenang...terima kasih daun keladi, kalau boleh nak lagi....ngeh ngeh ngeh ....

Wednesday, December 29, 2010

:: 500 blog mencari harta karun...soalan 3

Aku join lagi contest BA ni...naik juling mata belek blog...tak buat keje aku beb...
Dah ketagih ngan contest BA ni....

:: Perak - Teluk Batik

 2 minggu lepas kan aku pergi Perak...Cerita kat Perak belum habis lagi ..So ini adalah part last la... :)
Lepas kenduri , kami hala perjalanan ke Teluk Batik..Tak pernah sampai pun sebelum ni..Cantik pantai..Ombak agak kuat...Air nye bersih je..tak macam kat P.D ..

Tengok...cantik kan langit ni...ni langit Teluk Batik ye..agak mendung sikit sebab hari nak hujan...

 Semakin mendung....

Hujan kejap lebat, kejap rintik-rintik...Aku bedal je, hujan lebat pun aku duk main air gak..gambar ni adik aku amik dari jauh sebab dia cari tempat berteduh...Aku redah je sebab si cilik aku tak nak stop main kat tepi pantai tu..

 Lepas hujan ... kejap je hujan pun... Mentari muncul balik...Ni le si cilik aku tu..memang sakan dia hari tu..mula2 takut ombak..main pasir je lah dia...Tapi lepas tu, aduhai, takut aku tengok..memang tak leh lepas tangan dia, over berani pulak dah...Asyik nk ketengah air je..aku risau takut dia dibawa ombak tu...
Jenuh jugak la memujuk dia ajak balik..siap janji, lain kali datang lagi...

Memang seronok dia main pasir...berlari sakan...risau aku beb, mana tak nya , jauh dia pergi lari bari dia pusing balik kat tempat aku ni...Aku risau kang tetiba hilang lak dia .... 


Nak balik sempat lagi dia main kereta...Nak rempit katanya,..hehhehe...Ni pun jenuh jugak nak suruh dia stop.. 5-6 round gak dia duk main ni... Tak pe, abah dia tukang kuar duit...hahahhaha.....

Gambar aku?? takde beb sebab tak ada orng nak amik gambar aku...lagipun dengan budak kecik ni, mana sempat nak bergambar pun...asyik duk layan dia jek...

:: Kita amalkan bersama...

Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua :-

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

Tuesday, December 28, 2010

:: Pergilah Air Mata ...


Lama tak review novel kan?? oke, kali ni aku bawakan korang novel "Pergilah Air Mata" karya Hanni Ramsul...Dah lama novel ni aku baca..memang puas hati.. Jalan cerita yang menarik..Kisah Sabrina dan Badrul yang tertangkap basah gara-gara Maria, kawan Sabrina.. Mayb korang rasa plot dia agak lebih kurang sama dengan novel lain...Terpaksa kahwin dan jatuh cinta..
Apa pun, corak penyampaian dan penceritaan yang berbeza menjadikan buku ini menarik...Plot sama tapi pengolahan cerita yang menarik aku untuk membaca sampai ke halaman terakhir...

Sedikit sedutan dari novel ini...info dari penulisan2u...

Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

"Yang mana satu ya? Berapa orang calon yang awak ada? Awak ni kenapa? Nak sakitkan sangat hati saya ni, kenapa? Seronok ya, dapat permainkan perasaan saya? Dapat buat saya nampak macam orang bodoh? Awak ingat, selama ni, saya selalu diam. Saya selalu mengalah…awak boleh buat sesuka hati awak? Awak nak saya betul-betul benci kat awak ke? Okay. Awak dah berjaya. Tak suka awak buat saya macam ni! Tak suka, tahu tak?! Saya benci awak,"

"Kad kahwin awak. Kenapa suruh saya pilih? Pilihlah sendiri. Tak ada kena-mengena dengan saya. Kenapa awak cakap awak sayangkan saya, hah? Kenapa awak pujuk saya supaya balik pada awak, kalau awak cuma nak main-main? Saya ingat awak serius. Tapi, sekarang awak bagi saya kad ni? Untuk apa? Untuk tunjuk pada saya, awak berjaya sekali lagi lukakan hati saya? Awak memang jahat! Saya tak patut beri peluang pada awak. Saya memang bodoh! ,"

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

:: Royal Wedding Memorabilia....

Prince William bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 April.. Kalau aku tak salah info la..Kalau salah tolong betulkan....:)
Bukan cerita cinta mereka yang aku nak bagtau kat sini, tapi aku nak share " buah tangan " dihari perkahwinan mereka nanti... info dari yahoo news..Korang nak tahu lebih info klik sini




:: 500 blog mencari harta karun soalan 2



Soalan 1

soalan 2
7


Pendapat saya tentang soalan no 2 :-
Mencabar minda beb, jenuh jugak aku duk edit nih...alamak BA, kira lulus la ek walaupun beberapa kali aku duk edit nih...Segmen yang btl2 menguji minda..dup dap jek...segmen ni lain dari yang lain...Buat aku duk tercongok jek depan pc nih...duk tunggu en ben punya soklan...
Soalan no 2 ni, lain dari yang lain sebab kena kira..matematik..Soalan kena baca n faham betul-betul..Kalau tak confirm salah faham ..Pandai BA buat soalan .. Kena pulak buat karangan, nak kena perah idea pulak..Tak kurang dari 100 lak tu... Mmg betul mencabar mental..

:: Aku yang bengang...


Pagi tadi niat nak datang kerja terus buat kerja tanpa menyimpang arah...Tup tup sampai office je, member office aku ni bagitau aku, yang si bangang kat office ni marah sebab kami balik awal semalam..Kan kitorang pergi usha baju dinner kan.....
Porahhhhhh.....geram aku....kerja tak semengah, time terdesak baru la nampak kami ni...Niat nak buat kerja terus terbantut...aduyaiiii....

Monday, December 27, 2010

:: 500 blog mencari harta karun...

SOALAN 1

no 10 
warkah seorang lelaki (mari kenal blogger baru)
no 100
aina (saya blogger penang)
no 200
nurnajiha/ (chanteknya jadual class aku)
no 300
dyba (500 blog)
no 500
syed muzammir (500 blog)
Soalan 2 
Simple,  load laju je...sbb widget tak ada yang karut karut tu....mesra pelawat..







:: Kalau la.. ..



 Kejap je dah petang...satu keje pun aku tak buat lagi..penyakit M dah datang balik dah..tak ada ubat lak tu.. :(
 Petang ni nak meronda ngan officemate..Kitorang nak pergi SACC mall...dah tentu aku balik awal hari ni..Nak survey baju utk dinner..Ape yang aku nak pakai nnt ek? Klau body cantik tak pe..ni dah la cam tong drum, agaknya tong drum tu pun lagi cantik dari aku....huwarghhhh tidakkkkkkkkkkk.....aku cantik lagi dari tong drum....

Kerja semakin memboringkan la..apa kono eh? Ni dah tahap kritikal... kan senang kalau otak aku cam pc ni...agak-agak lembab, blur, klik je refresh...tak pun restart...kalau tak jalan jugak, reformat baru....install antivirus power skit, setel...tapi itu lah, aku ni bukan pc...:(

:: Morning..


Selamat pagi .... Happy morning... Syukur aku masih bangun pagi dalam keadaan yang sihat..Syukur aku masih mampu untuk menikmati sinar mentari pagi isnin... Syukur kerana aku masih berdaya untuk mencoret kata2 disini....
Piala suzuki, malaysia menang 3-0...Tahniah...Tak boleh nak ulas banyak2 sebab aku tak tengok pun...Lagipun aku tak minat sangat bola ni...

 Aku terlepas peluang interview minggu lepas...Silap aku la jugak..Tak cek peti surat...Dah terlepas date...Terkilan jugak...Tapi aku anggap itu bukan rezeki aku... Mungkin ada yang lebih baik menanti aku dihadapan sana... Insya Allah...

Sunday, December 26, 2010

:: 500 blog



  Salam hujung minggu semua...Kali ni aku nak join segmen en. ben , 500 Blog..menarik je bunyinya..

Oke,meh kita mulakan untuk segmen nih...

Tentang diri aku....ermmm...apa yek..:-
Nama penuh Asmiza tapi aku pakai nickname Fiqas utk berblog ...  Baru start blogging april 2010...Sekadar untuk suka-suka jek..Tinggal di Shah alam...Aku suka dengan Novel.. 
Tujuan aku berblog sekadar utk suka-suka je..Boleh jadi tempat utk aku lepaskan rasa hati...Boleh jugak tempat aku tambah kenalan..Kadang2 blog ni jadi tempat aku membebel...:)



Oke...Done...Korang nak join cepat terjah En Ben punya blog kat .sini

Friday, December 24, 2010

:: Petua mak dara lagi...


Hye...meh semua...aku nak share petua ngan korang lagi ni...yang mana korang rasa berkenan tu, sila jangan segan, jangan malu, moh kita try...:)




Melembutkan Rambut.


Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan sela ma dua minggu.Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Merawat Kulit Berkedut



Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda


Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.



 

:: esok cuti...

Dah separuh hari baru terhegeh hegeh nak update blog...Busy + malas = zero ....
Jumaat dah kan? pejam celik pajam celik, dah jumaat lagi...esok cuti...itu yang penting....lain tak penting....wakakaka...

Selamat bercuti untuk semua...Nak pegi mana ek esok.....Boleh tak aku bercuti kat rumah je....tidor sepanjang hari...hahahaha....

Apa pun, yang penting esok cuti...tak perlu nak hadap dengan kerja yang melambak tak pernah habis kat office ni...eh, korang tau tak kat mana ada job vacancy, aku nak apply nih.. :)





Thursday, December 23, 2010

:: Maher Zain kembali...


Weyh korang....pakwe aku nak dtg lagi...suka suka.....hahhahhaha....

korang yang nak dating ngan Maher Zain, sila telefon 03-7843-6999 untuk membeli tiket yang bermula dengan harga RM200. Memang agak mahal tapi berbaloi la kan...kan..? Sila buat temujanji korang  sekarang sebelum line menjadi busy dan  membuatkan korang tak dapat nak set date utk dating  nih...
Lebih info, tgk la sendiri kat poster pakwe aku yang hensem tuh...ngeh ngeh ngeh....



:: Perak - Part 2


Alemak ehh...lama bebenor aku nak continue part jalan- jalan kat Perak ni kan...hehehhe... oke, kita sambung cerita yek...Macam best pun kan??? best la bagi aku...ada cerita yang menarik kat kenduri tu tau...tak sabar nak cerita nih...

Kami satu family bertolak dari Shah alam dalam jam 8 pagi lebih kurang...Terus ke Ipoh dulu sebab nak pick up anak buah en.suami aku...Singgah kejap kat R&R Tapah......Orang punya la ramai...bersesak beb kat situ...Tapi nak buat cam mana, dah perut lapar..tak breakfast lagi...redah je lah...

Sampai kat tempat kenduri dalam jam 12.30..Kenduri kat Bote..pengantin perempuan tu kawan adik ipar aku...Cantik molek orangnya...peramah n mesra alam orangnya...
Makanan kenduri pun sedap yang amat...

Pendekkan cerita, ada 4 kejadian yang terjadi...kira ala-ala hari ini dalam sejarah la daalm hidup aku...

* Tengah syok duk pilih lauk, datang 1 orang pakcik nak tambah lauk...terus cakap cam ni " eh, awok tak boleh makan dah lauk ni, awok dah makan banyak dah ...... " eh terkejut la aku beb, aku sorang je duk ceduk lauk tu...sebab aku terkejut, aku pandang pakcik tu dengan reaksi luar biasa aku la..kening kerut sikit, mulut buka sikit...hehhehe..dan pakcik tu perasan aku kat situ...pas tu br la dia cakap "awok" tu kat perak membawa maksud "saya"...cehhhhh....buat gabra aku jek... dah duduk baru aku teringat,kan aku duk selalu baca blog orang perak Mad ngan D08...haila....

* Baru nk start makan, pakcik sebelah aku tetiba tanya aku, " tak suka ayam ke? " aku jawab.." makan..dah ambik ni ha..." sambil tunjuk lauk dalam pinggan aku...tetiba je seketul ayam tercampak elok dalam pinggan aku...pakcik tu bagi ... main campak je dalam pinggan aku...dia cakap dia ambik lauk ayam tu banyak...ish la pakcik....

* Tengah tunggu rombongan pengantin, aku duk bawah pokok dekat khemah dengan adik aku...ada makcik kat sebelah aku ni....pap!!! rasa pedih sikit pipi aku beb....apa jadi?? makcik tu latah rupanya...ada orang datang nak salam ngan dia..dia terkejut, angkat tangan , melayang sedap jek landing kat pipi aku.....adik aku bantai gelak jek..hampeh tul la...

* Dalam kete, aku buka telur kenduri tadi...color putih...aku tau la telur itik tu...tapi aku tak sangka la itu telur masin....dah kopek kan, nak tak nak aku mkan la jugak masin pun...sedap jugak beb...ini first time aku pergi kenduri dapat telur masin.....


Oke...itu je cerita kat tempat kenduri .... nanti aku sambung part pergi Teluk Batik lak...Lepas kenduri tu kitorang pergi sana... 

~ to be continued ~

Wednesday, December 22, 2010

:: Domain Giveaway ♥ Pertandingan template tercantik

  
Morning semua...hye...aku nak mulakan n3 hari ini dengan Cik Gayah punye contest...Pertandingan Template Tercantik...  Hepp...template aku ni cantik kan??? heheheh...sape lagi nak puji kalau bukan aku...:)



Syarat2 :-
1. Wajib menjadi pengikut gayahspears(dot)com - done
2. Copy banner beserta isi entry ni dalam blog korang dan jangan lupa buat sidebar. - done
3. Tajuk entry korang mestilah Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears - done
4. Tag kepada 3 kenalan blogger - done = CAH , ANGAH, FARAH
5. Copy dan paste link entri korang kat entri ni ya… - done
6. Kontest tamat pada 26 Januari 2011 - oret
Hadiah :-
Pertama :- Domain
Kedua :- Domain
Ketiga :- Domain
Saguhati :- Domain
:: Sebarang pertanyaan boleh tanya di sini ataupun ym id_gayahspears@yahoo.com

Tuesday, December 21, 2010

:: Good Night..


Selamat malam semua .... Selamat Tidur....selamat mimpi yang indah indah....selamat untuk bangun kembali esok pagi...Dan selamat untuk sepanjang malam yang indah...Semoga kita bisa berblogging lagi esok.....



:: Karnival Pengantin ..


Khas untuk bakal pengantin.... Jemput ramai2 datang ke karnival pengantin...
Malas nak taip panjang2...pendek kata, kalau minat korang pakat serbu la ya...






:: Isteri baru ketua menteri sarawak...


KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu....


~ sumber berita harian ~


:: Syukur...terima kasih...


Pagi ini, macam biasa, mulakan keje dengan satu rasa...PAHIT...mcam kopi tanpa gula tanpa susu...
Tapi aku redha dan redah je... tak lama lagi pun..insya allah .. i will find my way...

Nak share something disini.... tentang syukur... tentang aku....
Beberapa minggu lepas , aku new girl masuk keje kat office ni...Tengok dia menerbitkan rasa syukur yang amat dalam dihati aku...Bukan nak burukkan dia tambah lagi aku pun bukan sempurna...Tidak..ini sekadar muhasabah diri utk aku dan mungkin boleh share ngan korang diluar sana...

Oke, terus cerita ya... Kenapa dengan dia??
Dia sangat gemuk...berlapis sana sini... belum kawin, usia dalam 26 kut... dia sgt seksi walaupun dia gemuk...free hair... dan dia ada kencing manis....

Jadi, kenapa pulak dengan aku??
Aku ni selalu fikir diri aku buruk, tak cantik, gemuk, dan byk lagi benda negatif yang beraja dihati aku...
Saat mula aku tgk dia depan mata aku, dalam hati aku berdetik sesuatu....syukur....aku bersyukur sangat....
Kenapa?? sebab, walaupun aku tak cantik, aku sudah cukup complete sebagai wanita..aku sudah punya suami, aku sudah punya cahaya mata dari rahim aku sendiri...semestinya aku harus bersyukur...
Walau aku tak cantik,aku gemuk,  ada orang masih sayang aku..aku ada kawan2 yang mengambil tahu, aku ada family yang sentiasa mengambil berat, aku ada suami yang aku pasti masih ada cinta untuk aku...

Aku sering mengeluh, kenapa aku gemuk  tak ada la gemuk sangat pun aku ni  , ... Diluar sana, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku...tak ke aku patut bersyukur...??
Memang la kan kita manusia sering melihat kekurangan diri berbanding kelebihan yang kita ada...Syukur la dengan apa yang kita ada...

 







Monday, December 20, 2010

:: Flaming Steamboat...

Mlm ni ada dinner ngan officemate kat Flaming Steamboat... Dah terasa kenikmatan nya... Phewhhh....lama dah tak pekena steamboat ni...
Diet dah berterabur lari..tak terkejar dah...banyak sungguh part makan2 sekarang ni...
n3 ke Perak tu pending dulu...nk g dinner ni...Makan dulu... mlm ni kalau balik awal aku update...



:: Hujan ..



Diluar sana hujan mencurah curah...Lebat .. Ada sedikit kedamaian dihati...Rahmat tuhan...Tenang, aman, sejuk meresap ke kalbu... Aku suka hujan... suka juga Noh hujan ..

Banyak memori manis aku kala hujan..Sungguh .... indah belaka. !!
Kadang hujan bagaikan titis2 mutiara airmata aku yang gugur saat aku berduka... Pun begitu, ia tetap mendamaikan..



:: Rooftop Rant...Hlovate..



Salam semua...ari tu aku ada bgtau nak buat review novel yang aku br baca kan...oke, aku mulakan dengan novel ni ek..Dah lama dah sebenarnya novel ni, aku jek yang br baca...Korang kaki buku tu, mesti beli buku ni...


Hlovate mmang penulis yang menulis dengan gaya yg tersendri...lain dari yang lain..semua novel dia yang aku dah baca mmg menyentuh dan memikat hati...tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan..gaya bahasa yang santai dan terselit unsur islamik....penuh pengajaran..


Rooftop Rant, dari sudut pandangan aku, mmg sangat menarik..Bukan novel yang berunsur cinta pasangan kekasih semata2...Kasih sayang keluarga yang dicari...Garapan yang menarik, buat aku menangis jugak....mmg menyentuh hati....Trisy yg hilang kasih sayang ibu bapa, menyepi diri diatas bumbung., berjumpa dengan Jade, berkawan bukan bercinta..



Sinopsis belakang buku:


Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan
...walau hanya pada awan-awan


Mereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza tapi cerita mereka masih selari!


Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan
apa yang dia tak mampu!


Hidup tak selalunya lawa
tak selalunya ada pelangi
kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
kadang-kadang... bilamana 'malapetaka' itu datang,
terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
rasa macam dah tak mampu bangkit
rasa macam dah tak mampu hela nafas


Dengarkan HLOVATE berbicara:
tentang hikayat Rooftop Rant dari puncak Wisma Topaz ini...
tentang Trisy dan Jade...


tentang bukit yg sayup di depan
tentang angin yg membawa salam di belakang
tentang lang sewah yg berlegar melayah di atas
tentang deretan kenderaan yg bersesak-sesak di bawah


dan mereka terus bercerita...
sesudah berani meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa


mampukah dibeli tangga-tangga untuk mencapai cita-cita?


ini cerita sebuah bicara
bicara bumbung namanya....






Sunday, December 19, 2010

:: Perak ..





Salam hari minggu.....
Semalam pergi kenduri kat perak..Bote..
Penat gak sebab byk tempat kitorang pegi...Sampai k.l dekat pukul 1.00 pagi...Letih gak la..
Ni mata duk ngantuk lagi...
Banyk cerita nk tulis kat sini...tp nnt la dulu...nak g sambung tido jap...
So, maknanya, n3 ini akan bersambung...hehehe...Adiossss !!


~ to be continued ...



Friday, December 17, 2010

:: Happy Friday...


Salam manis pagi jumaat semua.... hari jumaat je rasa happy kan korang...mau tak nya, esk cuti....
Sabtu ahad aku tak keje minggu ni...nk p Perak... Bote...


Ingat tak aku pernah post kat sini pasal JS buat sale tu??
Diam2 aku rembat jugak 4 buah buku... dah lama sampai...dah habis baca pun...:)

dlam pic ni 3 je sbb 1 lagi kawan aku pinjam...


Setakat ni , buku2 terbitan JS tak pernah mengecewakan aku...Buku2 dia terselit unsur2 agama. Tak banyak sikit mesti ada...Nnt aku buat review novel2 ni ek....