Mak mertua masih lagi sakit.. hari tu dah berubat.. dengan ustaz.. errr, sakit mak susah nak cakap..bukan sakit biasa.. senang cakap mak ada saka.. warisan dari ibunya, kalau tak silap aku la.. sebelum ni anak2 semua tak tau Mak ada "bela" saka ni.. bila Mak dah start sakit2, baru anak2 mula syak, macam ada yang tak kena dengan Mak.. Memang Mak tak mengaku.. tapi lama2 anak2 tau jugak... Ayah mertua pun tak sedar Mak ada benda tu.. Bila dah sakit, baru Ayah tau..
Bukan anak2 tak pernah berusaha untuk "buang" benda tu.. dah ramai bomoh yang dipanggil sejak Mak sering sakit2 ni.. Tapi tu lah, ikut kata Bomoh, susah nak buang sebab Mak memang nak kan benda tu tambah lagi benda tu pun dah lama dengan Mak.. Pendek kata dah sebati dengan Mak..Apa cara yang tak dibuat, dah ditanam, dah dibuang kelaut, dah dipaku, tapi benda tu tetap datang balik..
Sekarang keadaan Mak makin teruk.. kadang2 Mak tak kenal anak2.. kadang2 Mak marah2.. kadang2 Mak akan jadi terlalu sensitif.. Ikut cerita anak2 , Mak dah jadi macam arwah Tok dulu.. Bau arwah Tok pun ada pada Mak.. Kata diorang, arwah Tok yang bagi saka tu pada Mak..
Mak pun dah start minta anak menantu ambik "barang" yang ada pada Mak...Tapi anak2 tak ada yang sanggup.. Benda ni bukan mainan..
Usaha yang terbaru untuk ubatkan Mak, anak2 panggil seorang ustaz.. menurut Ustaz tu, Mak memang ada saka.. susah nak dibuang sebab dah sebati.. Dia akan usaha setakat yang mampu... yang lain terserah pada yang Maha Kuasa...
Bila pandang muka Mak, rasa kesian sangat.. Siapa pun dia, apa pun yang telah dia buat sepanjang hidupnya, dia tetap ibu kepada suami aku..
p/s : ada sahabat kat sini yang ada pengalaman macam ni tak? tau tak kat mana2 yang boleh ubatkan Mak mertua saya?