Wednesday, March 30, 2011

:: Dia buat hal dah ....


Dia dah buat hal.. tengah2 macam ni la dia nak buat perangai .. Dah la sekali buat hal mau terbang beratus .. pening kepala aku neh.. 

Pagi tadi masa on the way nak pergi kerja, dia dah bagi tanda2 nak meragam .. masa lunch cek, ok pulak.. elok je dia.. eh, petangnya buat hal lagi.. merajuk terus.. apa yang kena aku pun tak tau la.. Dia stop terus kat tengah2 jalan tu... aduii la... buat malu je... 
..
Tu dah satu hal.. nak kena hantar kedai, en.husband cakap maunya dalam rm300-400 .. Hadoo... mana nak cekau ni..dah la gaji bulan ni tak dapat... Afiq punya game lagi ...Kepeningan melanda !! 

Masa ni la dia nak rosak.. tak boleh tunggu aku banyak duit ke ???




Tuesday, March 29, 2011

:: Ingatkan dah lupa....

Kisah sihero kecik aku yang sorang ni la.. ingatkan dah habis cerita game PSP dia tu..rupanya belum... Adeh la..
Hari minggu yang lepas adik aku datang sini... sebuk la si Afiq ni duk cerita pasal game ni kat mak sedara dia tu ... 


Afiq : Mok ngoh, Afiq nak beli game. yang macam ni.. ( sambil buat gaya org main PSP )
Mok Ngoh : Afiq ada duit ke?
Afiq : Ada... nanti ummi bagi la... nanti ummi amik duit dulu... 
Mok Ngoh : Iye ke? ummi ada duit ke?
Afiq : Ada..ummi kat nanti ada la...nanti biar mati game Falina... ( Falina tu budak yang ada game PSP kat sekolah tu la )


Aloh la..aku ingatkan dia diam, dia dah lupa..ingat lagi dia rupanya.. Siap nak bagi Falina nyer game mati tu.. err, mati tu maksudnya rosak la ... marah betul dia ngan Falina..sebabnya, tak bagi dia pinjam game tu...



Saturday, March 26, 2011

:: Bangkit lah sayang....




Sering kali aku terfikir, apakah semua benda yang terjadi ni adalah balasan dosa2 aku ?
Semak otak ... banyak sungguh yang terjadi ... banyak sangat .. tak daya... 

Tak pernah senang hati ... tak tahu nak tahu, dah tahu hati pulak yang sakit ... Lebih senang dan bahagia rasanya kalau aku tak pernah tahu .. Tapi itu lah, dicari, digodek, ketemu jua, jiwa yang merana.. 

Sedang dia, masih enak begitu ... tak pernah terpikir kah sedetik dihati tentang aku? 
Selalu aku renungkan, kenapa senangnya aku dibuat begini ? Adakah sebab aku nampak tak kisah ? 
Apa kah perlu aku menjerit, memaksa, memberontak dan seisi alam tahu baru kau kan tersedar dari lena yang panjang ?

Atau sehingga aku canang-canangkan semua kekhilafan diri mu itu pada seluruh alam ? Mahukan begitu ?? 
Biar seluruh alam ini pandang jijik, jelik ..!! Tapi kau tahu aku tak kan begitu...

Dan sungguh, kebenaran itu sangat menyakitkan hati nurani... 

Bangkit lah sayang, cukup , lenamu terlalu panjang ... bangkit dari mimpi, perjalanan kita masih jauh kecuali kalau memang mahumu begitu ... teruskan , dan cukup jalan seiring kita sampai disini ...  


Atau kah menunggu sehingga aku dihantar diwad gila baru kau kan tersedar ??




Thursday, March 24, 2011

:: Moga aku tidak tersasar ...

Hidup kita ni banyak sungguh dugaan dan godaan yang datang tika kita susah , tika kita dilanda ombak badai ...
Datang nya menggoda iman yang dah memang tak sekuat mana... Rapuh ..

Aku juga begitu .. tak malu nak akui, aku sering tersasar, sikit tak banyak.. Tapi syukur aku cepat tersedar, lantas setiap kali aku tersasar , aku bisikkan dihati, ..
" jangan, ini bukan aku .. aku akan seperti dia kalau aku biarkan godaan itu berlarutan " 

Jangan jadikan alasan " aku bukan malaikat " untuk berbuat sesuatu yang terlarang.. sesungguhnya yang terlarang itu godaan.. itu aku sematkan dilubuk hati aku tiap kali aku tergoda.. pun begitu masih tersasar .... 

Hati memang tak kan tenang tiap kali iman yang nipis ini , diganggu gugat... syaitan dan iblis bertepuk sorak... meraikan kemenangan menyaksikan anak cucu adam terpanar dengan godaan perasaan... 

Oh kamu, berlalu pergi lah ,  kerana imanku tak sekuat mana.. jangan tunjukkan aku jalan yang salah, jangan digodek rahsia hati aku.. jangan dicungkil apa kata hati... biarkan ia larut dan membeku sendiri... kerana itu lebih baik... 

Jangan biarkan syaitan, iblis dan hawa nafsu bersorak meraikan kemenangan... .



Tuesday, March 22, 2011

:: Ruang yang terbatas ??

As salam ..
Semalam berlalu tanpa apa2 n3 dari aku... rasa kehilangan pulak.. hihihihi...
Kat office sekarang tengah training lagi.. tak ada ruang untuk berblog.. 

Sekarang aku dah balik rumah awal.. malas pulak nak mengadap pc.. sebab nanti kalau dah duk mengadap, leka sampai ke tengah malam... 

Aku sekarang ni pun banyak benda yang aku nak buat tapi tertangguh ...
banyak persoalan yang aku perlukan jawapan tapi kadang2 ada suara dari hati yang berbisik, "jangan .. nanti bila dah dapat jawapan , aku akan lebih parah..." 





Sunday, March 20, 2011

:: Manisnya kenangan - MInta maaf cikgu ...

Kemas rumah , belek2 album gambar lama, zaman sekolah.. ternampak sekeping photo aku bersama seorang cikgu ni.. Cikgu razlan namanya.. hemsem orangnya..ramai peminat ... 
Dan aku , ada kisah aku sendiri dengan Cikgu ni.. bukan kisah cinta ye... 

V
V
V

Masa tu aku dalam form 5 .. aku agak pendiam tapi dalam diam2 aku nakal sebenarnya.. Cikgu Razlan ajar sains sejak aku form 4 lagi.. Dia memang mesra dengan semua anak murid.. tak kira siapa pun ... group aku 4 orang, memang nakal.. cuma aku agak tak banyak cakap kalau dengan orang lain.. so, kenakalan aku agak tak terserlah...  :-)

Cikgu razlan memang tak pernah komplen pasal aku .. tambah lagi subjek sains aku lulus elok je tiap kali exam ... tapi kalau dengan kawan2 aku yang lain, dia selalu jugak la amik perhatian.. sebab dioarng ni on off..kadang lulus kadang tak .. So, cikgu ni selalu la beri perhatian lebih pada kawan2 aku ni.. nampak aku agak tersisih la.. tambah lagi kami 4 orang duduk depan meja cikgu... ini buat aku kecik hati dengan cikgu ... Pada fikiran aku masa tu, cikgu memang tak suka aku sebab aku tak cantik nak dibandingkan dengan kawan2 aku... sebab tu la cikgu jarang nak beri perhatian pada aku... :-(

 Sebab tak suka dan rasa tersisih, aku jadi malas nak buat nota untuk subjek sains.. buku nota aku kosong.. berapa bab je yang aku buat note.... sampai la satu hari cikgu razlan bagitau nak cek nota kitorang .. Cikgu razlan jarang nak cek nota ... 2-3 bab sekali dia cek.. cuma dia banyak bagi ujian mengejut je kat anak murid dia.. 
Aku yang tak buat nota dia dah gabra dah.. nak tak nak aku hantar jgak la log book yang cuma tak sampai suku bab aku buat nota tu.. Lepas tu dia bagi kami ujian ... Sebelum bagi ujian tu , dia dah pesan pada semua orang , pada yang tak lulus nanti, dia nak suruh kami sediakan alasan kenapa tak lulus.. Dan, aku lulus.. tak sangka betul aku.. 

Lepas beberapa hari kami ujian dan hantar nota tu, dia masuk kelas macam biasa ... Dia pulangkan balik buku nota kami ... aku dah bersedia dengan apa saja bentuk hukuman nanti... tapi cikgu razlan tak hukum apa apa pun.. eh, lega dah aku masa tu.. tapi masa dia nak keluar kelas, dia pesan ..
" siapa-siapa yang tak lulus ujian hari tu, list kan 5 sebab kenapa tak lulus dan jumpa saya petang nanti, lepas kelas habis, dekat pondok .."
Cikgu Razlan pandang aku... dalam hati aku dah pelik , ehh, aku lulus oke.. 
" dan kamu, list kan jugak 5 sebab kenapa tak buat nota saya ... " erkk... aku dah terkejut masa tu ... tak jangka la aku... mana nak perah otak untuk 5 sebab tu .. blurr otak aku ni ... tapi aku angguk je .. kawan2 aku dah pelik, biasa aku tak pernah tak siap nota .. 

Petang nya, aku redah jugak la.. aku listkan sebab2 tu . aku lipat cantik2.. aku masukkan dalam sampul surat..ala2 surat cinta gitu ... aku saja tunggu turn last.. aku bagi pada cikgu razlan, dia tersenyum tgk aku siap masuk dalam sampul ... tak sempat dia tanya, aku dah bagitau,  ..." ni rahsia, tak nak orang baca, sebab tu masuk dlam sampul .." cikgu angguk je sambil suruh aku duduk depan dia... dia buka dan baca .. nampak riak muka dia berubah , dia mengeluh .. dan lipat balik masuk dalam sampul ... 
" betul ke ? kenapa ? " .. dia tanya aku... aduhh,.. aku dah berdebar, tak senang duduk dah. .. aku tak bersedia nak jawab soalan face to face ni ...  aku diam, dia diam.... lama .... 
" saya minta maaf kalau selama ni sya silap, sy tak pandai ambik hati anak murid saya..dan saya tak pernah anggap kamu tak wujud ... saya tak pernah tanya kamu sebab kamu antara yang terbaik .. ini, kamu kata kamu tak minat lansung, tapi kamu boleh jugak lulus setiap ujian saya... "

Banyak yang cikgu razlan bagitau dan motivate aku petang tu... aku dah lupa apa lagi yang dia bagitau.. cuma yang aku ingat hingga saat ini ialah titisan air mata cikgu razlan petang itu.. dia sedih dan agak tersentuh dengan list yang aku bagi ...aku ingat list yang aku buat tu sebab aku masih simpan copy.. cikgu razlan photostat list tu dan bagi aku copy .. dia kata sebagai ingatan yang aku pernah buat airmata dia gugur ..

* Saya tak minat langung subjek sains ...
* Cikgu ajar pilih kasih, cikgu buat saya tak wujud depan cikgu ..
* Cikgu tak suka saya kan, sebab tu cikgu tak pernah tegur saya dan tanya saya ..
*Saya bengang dengan cikgu sebab cikgu hanya suka anak murid cikgu yang cantik je .
*Saya sengaja tak buat sebab nak tengok cikgu peduli tak kat saya...

Aku pun tak tau kenapa aku seberani itu ... budusss bila ingat balik... saya minta maaf cikgu, !!!
... masa amik result SPM, abah cakap ada cikgu kirim salam.. dia bangga aku lulus cemerlang subjek sains tu.. aku tau itu cikgu razlan sebab cikgu tu nak tau subjek sains aku dapat berapa.. dah tentu la dia kan.. aku tak amik sendiri result sebab aku tak ada kat kampung masa tu ...



Saturday, March 19, 2011

:: Sebuah kisah untuk renungan ...

 Aku kongsikan sebuah kisah untuk kita semua hayati dan kita renung-renungkan bersama,... 


Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

"Pakcik yang membunuhnya," kata seorang tua yang berada di situ. "Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati."

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

"Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya."

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas.

Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, "Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum."

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, "Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat."

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, "Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, "Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim." Kemudian katanya lagi, "Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat."

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: "Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat."

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, "

Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin."

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,"Allahu Akbar! Allahu Akbar!"

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.



:: Tsunami Jepun Disebalik Al-Quran..



1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 

Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 

di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 

so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 
7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
8. WauAllahhu Allam. 




sumber dari SINI ..


Friday, March 18, 2011

:: Siapa salah ni ??

Tak tau lah nak marah kat siapa, nak salahkan siapa ... Kenapa ? Kisah Afiq minta game tak habis lagi ni.. Aku dah tau dah nama benda alah tu.. PSP... Adoiii mak, mahal tu ... tak sesuiaiiiii dan tak berbaloi langsung dengan umur macam dia.... baru 4 tahun si Afiq tu... Survey kat google harganya dalam rm700 paling murah... 

Kenapa aku nak marah ni ?? Sebab, Afiq minta benda tu sebab dia tengok kawan dia main kat Tadika... Tadika bukan Taska ye,.. Tadika kan tempat untuk belajar... Kenapa la mak bapak budak tu bagi anak bawak benda tu pergi tadika tu... 
Kut ye pun mampu nak bagi anak macam2, kat rumah dah la.. Lagipun dalam borang daftar dah tulis terang2 kat situ, barang mainan tak dibenarkan langsung dibawa ke tadika.. ... 
Kalau dah hari2 duk sogok dengan benda tu, mana la si hero aku tu tahan sabar beb.... siapa yang pening, aku la jugak.... adoiii.... 


~ Aku nak ucapkan terima kasih kat Ghost Writer ni.. ada gameboy ek? tak tau aku pasal benda2 cam ni... benda ni ada game kereta tak dalam tu ? dah naik bosan dah aku duk pujuk Afiq hari2 ... ~


Thursday, March 17, 2011

:: Permintaan yang tertangguh ....

Dah 2-3 hari afiq minta nak "game" ... Aku tak faham mulanya game tu apa .. Sampailah petang tadi bila amik dia kat Tadika, nampak sorang budak duk main benda alah tu ... macam handset tapi khas untuk main game.. entah apa namanya aku tak tau ...

Bila masuk dalam kete, Afiq minta lagi hari ni ... Aku tanya la dia, yang macam kawan afiq main tadi ke? Laju je dia jawab, a'ahh... muka nampak ceria sikit ..agaknya sebab dia fikir aku dah tau apa yang dia minta tu ...
Masalahnya aku ni sekarang mana la ada duit ... bajet dah lari berterabur dah ni.. benda tu paling kurang pun harganya mau rm50++ ...

Alahaii... kesian Afiq .. sedih pulak tengok dia nangis tercebik cebik.. tak ada la dia mengamuk cuma nampak sangat la muka sedih dia tu..Lagi2 bila dia cakap kawan dia tak bagi dia nak pinjam.... Tersentuh gak la hati aku ni.. budak kecik macam Afiq mana la tau apa2... Dia taunya nak aje.. Aku pulak sedih tengok dia.... 
Aku cakap dengan afiq, nanti dapat gaji ummi beli... Dia jawab, Afiq nak beli satu je.. Nak duit sikit je.. Satu cukup... Ohhh la Afiq, dia ingat sekeping duit tu untuk satu barang....

Terkilan hati sebab tak dapat nak bagi apa yang dia nak... sebab aku pun pernah rasa apa yang Afiq rasa masa zaman bebudak dulu... banyak benda yang aku nak tapi tak dapat... Aku faham rasa nya macam mana... tu sebab aku rasa terkilan sangat.. 


Kata2 akhir afiq sebentar tadi pasal kes ni ..

Afiq : Ummi, esyok ummi jangan lupa amik duit tau ..
Ummi : Nak buat apa? ( dalam hati aku dah bajet dah ni mesti pasal game tu lagi .)
Afiq : Iye lah..nanti nak beli game tu ..
Ummi : Bukan esok tau.. nanti ummi dapat gaji.. minggu depan..
Afiq: ( diam je dia )
Ummi : Ingat tau... bukan esok.. nanti ummi beli dapat gaji..
Afiq : ermm...ok... 

Wednesday, March 16, 2011

:: Minggu Training dan berita dari kampung..

Minggu ni dah kerja tempat baru,.. training seminggu ni.. agak boring la training kan.. kadang2 tu ngantuk.. aduhh..tak tahan ngantuk... 
Kawan2 baru semua ok.. alhamdullilah... semua ok.. kerja pun dah balik awal.. pukul 6 aku dah sampai rumah.. kalau dulu, selagi tak cecah pukul 9, tak nampak lagi tangga rumah tu.. Tak ada la Afiq nak merungut ummi balik lambat lagi lepas ni...  :-)


Tapi kan, H.R bagitau gaji bulan ni tak masuk sebab diorang ni close accaunt 12hb.. aku masuk kerja 14hb... Pokai bulan depan ... harapkan gaji separuh kat tempat lama je la jawabnya .. Tak dapat nak enjoy sakan la bulan depan....


Aku dapat berita dari kampung... rumah abah kena geledah dek pencuri.. tapi yang peliknya pencuri tu tak amik apa apa pun.. Pencuri tu masuk siang hari, masa tu ma abah tak ada, dioarang balik ziarah nenek belah abah aku... Yang ada kat rumah cuma nenak belah ma aku jelah..sorang diri je.. nenek aku tu dah uzur ... nasib baik la dia tak apa2.. 
Habis semua bilik digeledah..tunggang langgang semua barang.. tapi itu lah, pencuri tu tak amik2 apa apa pun.. padahal tabung syiling kemain banyak dalam bilik adik aku ... 

Satu lagi berita dari kampung , bapa mertua aku masuk hospital.. Lelah katanya..kena tahan wad... Semoga dia tak ada apa2 yang serius..dia memang ada sakit asma dan lelah... dah uzur jugak dah dia pun.. doakan kesihatan dia ye korang semua... 



Monday, March 14, 2011

:: Mimpi ngeri ...

Hari ni dah start kerja tempat baru,. moga akan baik baik saje... ada yang aku nak cerita pasal kes dipagi hari kat tempat baru ni... tapi nanti dulu ye..bukan n3 ni... ada yang lebih ingin aku kongsikan....

oke, ni pasal mimpi aku ye... aku nak cerita sebab ini bukan kali pertama aku mimpi pasal benda ni ...
Begini mimpi aku tu ......

v
v
v

Aku bertiga dengan Afiq n husband aku tu disuatu tempat..agak suram, macam hutan pun ada jugak... aku dukung afiq... dan tetiba husband aku amik afiq dari dukung aku, dia letak kan afiq kat satu longgokan ular kecik yang hidup... kecik2 je ularnya... tapi banyak... aku dah menjerit marah... dan dia ambik balik afiq, bagi kat aku... aku dukung afiq semula.. dan sekor ular kecik tetiba melompat dan melekat kat paha aku.. dia tak gigit, cuma bertempek je kat paha aku tu... aku takut...husband aku amik ular tu dan baling kat ular yang berlonggok banyak2 tadi... aku takut sangat dah masa tu... Lepas tu afiq dan husband aku hilang... dan aku pulak masih kat tempat sama , tetiba je muncul ular tedung yang besar sangat , dia dah kembangkan dia punya kepala tu dan dia pandang tepat ke anak mata aku... nampak garang... kami bertentang mata... aku dapat rasakan kemarahan dari mata nya... 
Sampai situ je mimpi aku... dan bila aku sedar, aku rasa paha tempat ular melekat tu sejuk sangat.....

Dan pagi tadi, masa dalam kereta , dah siap parking...memandang kan masa masih agak awal, aku lepak2 dalam kereta... Aku pandang cermin pandang belakang kereta aku tu, ala gaya nak betulkan tudung n mekap la... korang tau apa yang aku nampak...? korang percaya atau tidak , dan aku pun tak tau ini ilusi aku atau kenyataan... aku nampak mata ular tedung dalam mimpi aku tu betul2 kat atas dahi aku...2-3 kali aku pejam celik, tetap sama... aku gosok2 dahi aku... aku pandang cermin lagi, ada lagi...tak nak fikir banyak, aku pun keluar dari kereta,.. 
waktu tu aku tak rasa takut pun... cuma aku terbayang mata ular tedung dalam mimpi aku tu je... 


Aku harap sangat ini hanya ilusi aku ... aku tak nak benda2 diluar jangkaan aku terjadi dalam hidup aku.. aku tak kuat untuk itu... 

Dah banyak kali sangat aku mimpi ular ni... 
kalau aku belum kawen tu seronok la jugak sebab itu kan petanda nak dapat jodoh... errr, iye ke...aku redah je... hihihihi,,,





Sunday, March 13, 2011

:: Betul ke ??




Cinta itu adalah satu rasa, satu perasaan halus, jauh dalam hati yang mana kalau banyak mana dan banyak kali terluka pun, kita akan tetap sayangkan dia... 
walaupun berkali2 kita akan kata,  kita benci dia, kita dah tak cintakan dia... 
betul ke ??



:: Adakah musim bunga itu lagi ??


Musim bunga bersulam cinta, harumnya pernah aku hirup dulu..
Saat melewati indahnya gugur dedaun luruh... juga pernah aku rasa..
Peritnya musim kemarau , juga pernah aku lewati ..
Indah duka , telah aku rasa .... 

Lalu apa lagi ? 
Semua telah aku telan .. harus ... bukan tidak tidak lagi ..
Sandarkan harapan ... jangan sesekali .... 
Biarkan saja arus masa ... 

Boleh saja aku berlari .. kejarkan musim bunga yang baru ...
Tapi tegakah aku membiarkan sepohon pokok kering dan layu melalui musim2 nya sendirian ? 
Tidak sesekali.... biar aku layu, biar aku kering dan kontang , biar aku parah ....

Biarlah musim bunga itu berlalu pergi....
kerna aku pun tidak pernah pasti, adakah bahagia aku dimusim sana??
Sedang disini sudah aku pasti apa yang harus aku jalani.....

Biarpun musim bunga bersemi cinta bukan untuk ku lagi.......




Friday, March 11, 2011

:: Pesan Buat korang ..

Hari ni last day aku kat sini .. pada kawan2 yang ada tu, korang kerja elok2 ye.. jangan rindu2 aku...hihihi...
Banyak pengalaman yang aku kutip disini.. pahit dan manis.. banyak jugak yang aku belajar kat sini.. itu semua pengalaman yang sangat aku hargai.. terima kasih kawan2 ....

Ini pesan aku untuk korang ye... 



C.T. ..
Kerja elok2 ye, jaga sikit emosi.. jangan ikutkan sangat perasaan tu... control selagi boleh.. . terima kasih untuk semua masa2 pahit dan manis kita lalui bersama... sungguh indah kan.. tak mungkin akak dapat lagi kenangan itu.. ingat "projek" kita ? itu rahsia kita ye... heheheh... 
Apapun keep in touch oke..nanti birthday CT kita p karok ye cayang.. jangan cedey cedey... 
Hari2 bersamamu akak tetap tersemat di kalbu.. =__+
Akak harap C.T jaga diri, hiasi peribadi...


Mummy, 
U r d boom la mummy... mantop... terima kasih atas pertolongan mummy masa kita dilanda krisis dept. hari tu ye.. mummy yang ceria., berani bersuara, lantang ... wahhh gitu... 
Aku pasti rindu kau la mummy nanti,.,kau jangan lupa aku ye.. 
Ingat lagi tak semua "projek" kita untuk makcik tu... hhahaha... kenangan terindah tu .. first time aku buat "jahat" macam tu... 
Apa pun mummy, kau jangan pernah lupakan aku tau.. jangan cuba-cuba ... nanti aku pancitkan tayar kereta kau tu ... ohh, bab kereta, teringat lak pasal satu hari tu, masa kita nak keluar lunch, aku baru buka pintu kereta kau, kau dah pecut....tertinggal aku ... jahat kau mummy...  +__+
Oke mummy, sampai kita jumpa lagi...


Tee Jarn Perg, 
My boss... hihihi... tengs 4 everything... sorry sebab tinggal Tee dalam keadaan macam ni..  harap Tee faham.. dan kita akan tetap kawan ... kita kawan kan?? u r so sweet la Tee.. 
Jangan kerja kuat sangat ye laling, nanti tak de masa nak cari awek la.. jangan stress2 sangat.. tak baik untuk kesihatan... :)
Tak nak cakap psal Tee sebab Tee tak boleh baca ni .. tak nak la bagi link blog ni kat Tee.. hhahahah...Nanti mummy tolong bagitau Tee ye... peace...


Suraya, 
Hyee unyah, tak ade apa untuk kau.. sebab nanti aku jumpa kau lagi... heheheh... siapa sangka kan kita satu tempat kerja nanti.. huauaahahahah.... manyak syokkkkkkkkkk....
Seronok kan?? wah gitu ....cayang ko nyahh......


~ mereka penhibur aku kat office...:) ~

:: ciri-ciri wanita syurga ..

 Assalam semua ... hari ni jumaat... last day aku kerja kat sini .. isnin dah tempat baru ... semoga semuanya berjalan lancar ... insya allah...

 Ada pesanan di hari jumaat yang mulia ini untuk semua wanita .. err, lelaki jugak boleh ... sama sama kita mengambil manfaat sambil saling ingat mengingat antara kita..

Ciri2 di bawah saya tak lengkap pun , tak cukup, masih membaiki diri ... sama-sama la kita ye....

~ Bertakwa
~ Beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan takdir yang baik dan buruk

~ Bersaksi bahawa tiada ilah yang berhak disembah kecuali Allah, dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadlan, dan naik haji bagi yang mampu

~ Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah dan dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

~ Ikhlas beribadah kerana Allah, tawakkal, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

~ Gemar membaca Al Qur'an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendirian atau tidak dan berdoa kepada Allah semata

~ Menghidupkan amar ma'ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

~ Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki

~ Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

~ Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia

~ Adil dalam segala perkara terhadap seluruh makhluk

~ Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah)

~ Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

~ Berbakti kepada kedua orang tua

~ Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh





Thursday, March 10, 2011

:: Farewell @ Orkid Thai

 Last friday, aku dan member satu dept. keluar dinner.. kira farewell la ni .. kat orkid thai, sec. 9 .. makanan boleh tahan la sedapnya... harga pun boleh tahan jugak tapi berbaloi dengan quantity makanan tu ..

Asyik makan je aku ni kan.. adik aku pun dah komen , sejak aku kerja kat sini, asyik duk jelajah restoran je... :D

Malam ni pun kitorang keluar makan lagi.. sebab last week ada yang tak dapat dtg.. so , diorang gantikan dengan malam ni ... makan lagi aku... ..


~ ini aku dengan budak2 offiice.. melayu 2-3 kerat je, ramai chinees la, tapi diorang ok.. boleh 1 kepala punye la .. ni gambar sebelum pergi makan tu, kat office .. ~



 ~ dah reserve tempat kan, so makanan pun cepat je la sampai... servis pun ok.. kira macam 1 table 1 waiter .. ok la kan ... ~ 



 ~ ini antara menu kami malam tu.. semua sedap2 woo... kami order set.. satu set untuk 10 orang makan .. ada 10 jenis menu untuk set yang kami pilih ni .. ~



 ~ ikan masak 3 rasa.. sedap gak cuma ikan dia agak garing ... kalau lembut sikit lagi sedap kut .. ~



~ ayam masak sweet sour .. memang sedap.. qty makanan agak banyak la... cukup untuk 10 orang tu.. ~ 



 ~ ini aku suka sangat .. butter prawn .. udang dia memang terasa sangat fresh.. manis isinya.. memang yummy yummy la.. .


~ brokoli ngan mushroom .. aku tak suka ni...sebab aku tak makan sayur.. hehehe.. tapi nampak cantik kan sayur ni, hijau je.. fresh sangat ..~



 ~ ini paling aku suka.. ini adalah isi ketam... masak apa aku tak tau.. tapi rasanya dia ada campur madu kut... dia garing , sedap... ~



 ~ ini pulak tauhu sup telur.. sedap sup dia tapi tauhu tu aku tak makan sebab aku tak suka tauhu ...~



 ~ tomyam seafood , dia hidangkan dalam mangkuk besar... nak makan ceduk la masuk mangkuk kecik ni .. rasanya agak masam masam manis.. thai style .. ~



 ~ ini pulak shark fin masak dengan telur .. sedap ... ~



 ~ sotong tepung... sotong dia lembut sangat... tak kenyal... ~



 ~ ini ada lah ketam ... masak cili .. tak pedas, rempah dia terasa.. sedap jugak.. tapi aku tak berapa nak pandai makan ketam ni.. so, main gigit2 je lah.. penukul disediakan ... ~



~ Inilah restoran tu, kat sec 9 shah alam ... kat tingkat bawah, nampak biasa je.. naik tingkat atas, nampak eklusif skit la...ada bilik VVIP kalau nak privacy ... ~


Total semua malam tu, dalam RM360... kira berbaloi la untuk set 10orang makan dengan 10 menu.... 



~ malam ni kat tupai tupai lak ... ~




:: S tu syalah... ..

Sembang kosong dengan Afiq sebelum tidur.. Dia biasalah, ajak masuk tidur, sebelum lena tu, macam-macam cerita ada ... non stop sampai la mata dia terpejam... 

Afiq : Ummi, four tu pukul apa ? ( maksudnya jam berapa )
Ummi : 4
Afiq : Afiq tido pukul apa ?
Ummi : pukul 9 .. ( aku main jawab je, sebab mata dah layu )
Afiq : skrg ni pukul apa ?
Ummi : 12...
Afiq : ooo... 
Afiq : S tu apa ummi?
Ummi : S tu S la..
Afiq : Bukan la... ummi ni .. S tu syalah ...
Ummi : apa pulak salahnya ...S tu betul la...
Afiq : Syalahhh..... S tu Syalah .... 
Ummi : Apa yang salah? betul la...
Afiq : S for Syalah ... apa la ummi ni...
Ummi : ooo.. erkkk... itu ke ..

hehhhe... aku ingatkan dia nak cakap yang S aku sebut tu salah ... rupanya S tu untuk SALAH ..biasa dia duk sebut A for Apple, B for Ball, mana la aku nak terpikir S for Salah.. ..




Wednesday, March 9, 2011

:: Untuk renungan semua ...

Sekadar renungan untuk kita semua ... 


Untuk mencapai keberhasilan,
kita harus dapat mengenali dan waspada terhadap tipu daya syaitan
karena syaitan selalu mencari kesempatan untuk menyerang
dan merasuk hati manusia.

Menurut Imam Ghazali , syaitan sering masuk dan memanfaatkan hal-hal berikut :

1. Perasaan marah
2. Hawa nafsu
3. Perasaan tamak dan dengki
4. Kenyang
5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda
6. Bergantung kepada manusia
7. Bertindak terburu-buru dan terburu nafsu
8. Cinta kepada uang
10. Fanatik terhadap mazhab dan kelompok
11. Berpikir mengenai zat, sifat, dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
12. Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang islam


~ sumber dari FB "kata-kata hikmah" kat sini


Tuesday, March 8, 2011

:: Selamat Hari wanita ..


Agak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari wanita untuk wanita2 semua... . Yang lelaki jangan jeles, duk diam2 hari ni.. jangan kacau kaum wanita hari ni.. :P
Semoga kita menjadi seorang wanita yang tabah, cekal , kuat dan berhemah tinggi ... Kepada wanita yang masih bergelar anak dara, jaga diri anda, jaga maruah anda... Pesanan iklas dari hati oleh Fiqas ...=__=




Aku nak minta maaf ye, sebab akhir2 ni emosi tak berapa nak stabil, so blog ni pun terikut sama dengan emosi aku.. jadinya terluah la rasa hati kat sini .. Iye la, aku dah tak ada tempat nak mengadu, so kat sini lah tempat aku mencurah semua .. Maaf pada yang tak suka ... .






Monday, March 7, 2011

:: Kelemahan atau kelebihan ??

Kadang2 bila keseorangan, aku sering terfikir, apakah kelembutan hati aku satu kelebihan atau kekurangan aku ?? Aku tak pernah ada jawapan untuk itu .. 
Kadang2 aku benci bila hati aku mudah sejuk, mudah cair ... Aku tak pernah bagi peluang pada hati aku, pada perasaan aku ... Aku yang sering tewas pada kelembutan hati aku sendiri ... Aku yang sering lemah pada keadaan.... aku sedar .. tapi aku buntu ... hati dan fikiran tak pernah selari, tak pernah sependapat ... 

Aku sedar ini.. apatah lagi 2 orang teman rapat aku pernah bagitau aku, aku jadi begini kerana hati aku yang lembut, yang mudah sejuk tanpa perlu dipujuk.. hanya biarkan masa berlalu, dan aku akan kembali seperti tiada apa2 yang berlaku... tapi kata mereka, dimataku tetap ada duka ...

Untuk sahabat yang aku sayang, ....
Sue, kat sini aku terus terang, aku memang benci pada Dia, kau tahu siapa dia kan.. tapi apa daya aku.. banyak hati yang aku fikirkan , mesti kau akan cakap , hati aku ? tak apa nyah, hati aku memang sudah hancur, tiada apa yang tinggal .. berderai ... tak terkutip nyah... Kau memang lihat aku ketawa, senyum, tapi kadang2 tanpa aku sedar aku pernah menangis dibelakang ... 
Bukan aku tak mahu mencuba,tapi aku tahu aku tak kan kuat untuk itu.. aku bukan takut tiada dahan untuk berpaut , tapi ada sekeping hati kecil yang perlu aku semai , agar hati itu membesar dengan sempurna...
... aku tak kuat untuk jauh dari pemilik hati kecil itu, dan aku tak ingin mendera hatinya ... 
kau faham maksud aku kan nyah ?
Ada benda yang memang aku luahkan pada kau nyah, tapi ada benda yang aku memang tak terluah.. aku takut airmata aku gugur di depanmu... 
Terima kasih kerana kau sudi menjadi pendengar...




~ aku dibuai perasaan saat menulis n3 ini, titis air mata gugur , sebak rasa dlam hati, ~



:: Kita kawan ...

Lepas hantar surat resign hari tu, my boss panggil meeting keesokan paginya ... Dia mohon maaf atas keterlanjuran kata, dengan sikap no mood dia pada kami ... dia jelaskan segalanya.. Dan dia pohon , kami tetap dan masih kawan , seperti suatu masa dulu .. 

Dan katanya, dia tak pernah berniat dan tak akan ada hak untuk halang kami resign .. < kami tu merujuk aku dan kawan baik aku kat sini .. Sue yang aku panggil unyah tu ... rezeki kami, dapt kerja sama2 ...>
Ya, aku faham... siapapun pasti akan tertekan dengan situasi begini ... setelah dept. aku ni kelam kabut sebab 3 mangkuk ayun dulu tu buat hal... banyak benda yang kena buat balik.. 

Hati aku sejuk .. biasalah kan , aku ni cepat benar sejuk hati .. kami kembali seperti dulu .. boss aku merangkap kawan aku ... dia lelaki chiness, baik orangnya..cuma mungkin akan ada ketika2 yang dia nampak down.. normal la kan, boss mana yang tak tension .. :P

Malam tu, jumaat , kami pergi makan kat Orkid Thai, sec 9.. kami 7 orang semuanya termasuk boss aku tu la.. lepas yang kes dia marah masa aku bagi surat resign tu, kitorang dah tak nk ajak dia sebenarnya.. tapi dah dia minta maaf, kami masukkan balik dia dalam group kami .. heheheh.. kan aku dah kata aku ni cepat sejuk hati ..
Tapi aku masih rasa terkilan bila ada sorang ni, yang seakan2 tak puas hati bila kami nak resign.. tak apa lah, tak ada effect pun kat aku ni ...




Sunday, March 6, 2011

:: Ummi banyak duit tak ???

afiq : ummiiiiiiii...... ummi ada duit banyak lagi tak ??
ummi : hah ?? kenapa afiq tanya ?
afiq : ermm..... ermm.... erm..... < sambil tersenyum sipu-sipu >
ummi : afiq nak apa ?
afiq : afiq nak kete banyak- banyak ... 
 
 

Friday, March 4, 2011

:: Bukan niat ku...

Semalam dapat call untuk kerja baru... Lega ..
Tapi lepas tu gundah gulana , darah gemuruh dah datang melanda .. itu penyakit aku yang biasa .. 
Sebabnya ?? Apa lagi kalau bukan sebab nak hantar surat resign tu la ... memang nampak senang, tapi agak bergemuruh sebenarnya ... 

Tekadkan hati, aku bagi jugak surat resign tu .. Sudah dijangka, agak marah dan terkejut my boss tu ... :(
Tambah lagi aku bagi notis seminggu je .. compony baru nak aku start awal .. so, aku tak punya pilihan, notis seminggu terpaksa aku bg .. lagipun compony baru tu akan bayar kompaun aku kat sini ... ( sepatutnya kena hantar notis sebulan )

Agak tak sampai hati sebenarnya meninggalkan mereka dalam keadaan begini ...  Kerja yang masih banyak, dengan new staff yang agak tak konsisten lagi ... Banyak benda yang akan terjejas ... tapi sudah rezeki dan jodoh aku dengan compony ni sampai sini je ... 

Cuma aku agak terkilan bila ada suara2 sumbang yang menambah perisa dibelakang ... 
Kisahnya ?? begini, kalau korang memang ikut perkembangan aku, pernah aku cerita dulu kan pasal 3 orang yang tak reti nak buat kerja... dan akhirnya mereka di terminate.. 
Kaitannya dengan aku ? suara sumbang itu berkata, management dah tolong terminate kan mereka 3 orang tu, kenapa tak hargai ? dan kenapa nak resign sekarang ??

Bukan niat aku untuk tambah merumitkan keadaan...aku pun serba salah... tapi apa pilihan yang aku ada .... 




Thursday, March 3, 2011

:: Penantian yang berakhir ....

Syukur, kesudahan yang baik... keputusan yang menggembirakan ... syukur sangat2 ...

Dan tetiba aku bertambah jatuh cinta dengan hujan ... hujan yang membawa rahmat ... 

Kenapa aku cakap macam tu ? pertama , aku pergi interview hari tu meredah hujan ... dan hari ini, aku dapat call , aku dapat kerja tu ... hujan gerimis  pagi tadi... dan malam tadi hujan lebat sangat kat shah alam ...

Apapun, aku bersyukur atas rezeki yang Allah s.w.t kurnia kan .. Dia uji aku dengan kesulitan hidup, keperitan hati tapi aku dipermudahkan dalam bab kerja. ... Sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi ... 

Terima kasih untuk sahabat dialam maya yang mendoakan aku ye..... 


:: Terima kasih ...

Kadang2 bila aku meluahkan masalah atau apa saje pada teman rapat , tak semestinya aku mengharapkan satu jalan penyelesaian untuk masalah tersebut ... Ada kala aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa  untuk mengurangkan beban dihati ... Dan sungguh, beban akan berkurang lepas tu ... 

Niat aku tidak sesekali untuk membebankan teman2 dengan masalah aku.. tak perlu fikir jalan penyelesaian untuk aku ... kerana dengan menjadi pendengar yang setia, itu sudah lebih dari cukup untuk aku ...

Aku sangat mengharapkan agar teman2 tidak bersimpati dengan aku ... jangan pernah ye... kerana aku tak betah hidup dalam simpati orang ... aku ingin dipandang biasa2 je.. sepertinya aku tak punya masalah....itu lebih baik untuk aku... ..

Aku sentiasa cuba untuk menutup segala masalah agar tidak jelas terpamer.. Terima kasih teman yang memahami aku.. biar riak duka terpancar dimata, dibibirku tetap ada senyum dan  tawa ... 




Wednesday, March 2, 2011

:: HeartBeat ...


Nampak tak kat atas tu ... iye...dah terkena serangan heartbeat nih...  so apalagi korang, meh la ramai2 pakat klik banner comel tu... :)


 Korang nak join , korang klik kat aku nyer banner atas tu ... 


Kat website tu nanti korang klik kat gambar atas ni ..


Klik kat anak create accaunt... ( anak panah tu )

nanti korang kena isi form... isikan je la ye..



Dah siap isi form, korang kena klik pulak kat Join HB Afiiliate tu .. 




isi form ni pulak ....


Dah siap, nak letak banner kat blog, klik kat Get Code ...
korang boleh pilih nak banner size apa .. 




oke, meh kita ramai2 pekena HB ni.. dia tak ganggu nuff punye glitterati tu tau .. so selamat... :)


Tuesday, March 1, 2011

:: Mimpi indah .... tolong jangan kejutkan aku ...

Malam tadi aku mimpi... mimpi yang mendamaikan , tak tahu mimpi apa, tapi aku boleh rasa yang ianya cukup manis ... dan dalam mimpi tu muncul kudup rugon ... dan aku mendengar org berbisik, kudop rogon  berulang2 kat telinga aku....

heshh ... confius aku .. aku tak pernah ke blog kudup rogon tu ,... hanya nampak link dari blog A.Samad je... tak pernah terlintas nak klik pun kat link tu... tetiba pulak boleh masuk dalam mimpi... dah la tu, mimpi tu rasanya cukup manis kut, sebab bila tersedar  je aku rasa aku senyum .. dan ada rasa damai ... 

Bila tengok jam, pkl 3 pagi ... aku penasaran kejap, aku tanya pada diri aku, ada apa dengan Kudop Rogon... ?
Dan akhirnya aku terlena... dan mimpi pun bersambung lagi ... kudop Rogon lagi... kali ni berselang seli dengan header blog milik a. samad tu ... aku rasa damai sekali ... kenapa ye ?? oh, sahabatku samad, kenapa ye ? ....


:: Sorry cik bunga ..

As salam ... 
First , nak minta maaf banyak2 kat cik bunga pasal n2 semalam ... sorry ye cik bunga ... terkasar lak bab auditor tu ... "auditor tak berapa nak cerdik tu " merujuk kepada auditor yang audit kat office ni .. kenapa tak cerdik ye, .. sebab , satu, dia ni asyik tanya benda yang sama dari awal sampai habis audit .. sampai kesudah dia tak faham .. itu oke, mungkin dia susah nak faham ... :( 
Dua, dia minta doc... kami bagi, tapi , dia boleh siap buat list, doc tak dapat ... oke, kami ingat memang kami yang tak bagi... satu hari kami duk mencari doc.. habis satu office kami geledah...berterabur semua yang dah filling ni ... dan akhirnya, doc yang diorang minta tu dah bagi pun kat dia ... :(

Itu la sebab semalam keluar ayat tak berapa nak cerdik 
tu .. sorry ye cik bunga ...tak sengaja terkasar bahasa lak.... peace ye ... ;)