Malam tadi mata tak leh lena.. terjaga sampai sahur.. bangun pagi sakit kepala.. Dalam tak tido teringat pada seorang teman... Pangkat kakak pada aku..Kak Nor.. dia baik.. dia tempat aku mengadu segala rasa hati.. Dia pendengar yang sangat bagus.. Dia cukup memahami.. Setiap kali aku berkongsi rasa, dia tak pernah menjatuhkan hukuman pada siapa2, bahkan dia akan memujuk dan memberi nasihat... Dan yang paling aku suka padanya, sikapnya yang tak akan mengungkit dan bertanya lagi tentang apa2 yang telah aku cerita dan kongsi dengannya...
Dia dah agak berumur... kisah hidupnya penuh duka.. dia belum berkahwin.. Dia pernah bercinta.. kisah cintanya cukup syahdu.. Itu cinta pertamanya..
Mereka bercinta, lelaki itu, Din namanya, cukup baik.. tiada cacat celanya... hubungan mereka direstui keluarga.. segala berjalan lancar sehingga suatu hari, Din eksiden.. parah... kecederaan otak.. dan Din hilang kewarasan fikiran.. boleh kata gila la.. Tapi Kak Nor masih setia.. sikit pun tak goyah cintanya...
Tapi entah hasutan dari mana, keluarga Din membuat tuduhan bahawa Kak Nor hanya mahukan duit insuran yang berpuluh ribu .. sebab itu masih setia.. cerita ini sampai ke pengetahuan family Kak Nor..mereka rasa cukup terhina.. apatah lagi mak ayah Din sampai datang rumah, minta jangan diganggu anak mereka.. minta jangan harapkan duit yang berpuluh ribu itu...
Cukup sedih... tapi Kak Nor masih lagi setia.. datang melawat sembunyi2... Dan sampai Din sembuh, mereka tak lagi berjumpa kerana dihalang keluarga.. Tak lama lepas tu, Din dipaksa kahwin, pilihan keluarga...
Kak Nor lantas menjauh.. Hatinya cukup luka.... Tak pernah terubat tapi cinta dihati tak pernah surut...
Takdir tuhan siapa yang tahu kan, mungkin kecewa yang amat, Din kembali sakit, tak waras, kurang siuman... mereka bercerai.. habis duit yang ada dikebas dek isteri pilihan keluarga...
Dan paling menyentuh hati , Din masih ingat dan mencari Kak Nor... kerap kali dia datang ketempat kerja Kak Nor, mencurah kata2 rindu, sayang, dan cinta... Habis semua orang diberitahunya bahawa hanya Kak Nor cinta hatinya...
Kak Nor tak pernah jumpa dia lagi... dia akan lari dan sembunyi bila Din datang.. sebab dia sedih tengok Din macam tu.. Dia tak sampai hati.. Dia sayu,.. sebab dia masih sayang...
Dan sampai sekarang Din masih tetap mencari Kak Nor.. Dan sampai sekarang bila jumpa siapa saja yang dia kenal, dia akan beritahu , dia masih sayang dan tetap sayang Kak Nor.. Dan dia tak pernah lupa berpesan pada orang yang dia jumpa supaya tolong tengok-tengokkan dan jaga Kak Nor untuk dia....
Aku mendoakan Kak Nor , suatu hari nanti bertemu jodohnya..walau dengan siapa jua..Dan Din, semoga dia kembali sembuh....
~ masih diampung, line berukband cukup teruk, tak boleh merayau keblog sahabat semua..:( ~