Monday, January 30, 2012

:: Happy birthday Afiq ::


25 jan, 2:19pm, genap Afiq 5thn... sekejap masa berlalu.. tak terasa pun..

Tak ada apa yang mampu ummi sediakan untuk Afiq.. hanya sebiji kek dan doa dari ummi agar Afiq terus membesar dan menjadi insan yang terpuji.. 




wajah kesayangan ummi... yang mengisi segenap ruang hati ummi...





p/s : maaf ya , saya kurang kesempatan untuk menulis sekarang.. pasal ustaz yang merawat mak mertua saya, nnt saya akan update..



Sunday, January 8, 2012

:: Alhamdullillah...




Dapat berita dari kampung, Mak mertua masuk hospital ... Aku rasa pelik mulanya.. mmg Mak sakit, tapi sakit yang tak perlu kehospital ..
Rupanya, menurut Ayah mertua, benda tu dah tak ada .. Last berubat dengan Ustaz tu, allhamdullilah, dengan izin Allah, berjaya dibuang, < untuk berapa lama, aku tak pasti sebab sebelum ni pun dah dibuang tapi kembali >

Dan Mak dihantar kehospital sebab Mak langsung tak makan dan minum.. badan lemah.. itu yang Ayah hantar Mak kehospital..

Apapun, syukur kalau memang "benda" tu dah tak ada dengan Mak ... Dah lama anak2 berusaha untuk ubatkan Mak.. 

Darul Syifa pun Mak dah pergi. Bukan tak berjaya kat sana tapi pihak Darul Syifa perlukan masa sebab katanya , mereka perlu kumpul kawan2 dari Darul Syifa cawangan lain.. macam bergabung la .. Sebab benda yang Mak bela ni, macam susah nak lawan sorang.. 

Setelah sepakat semua anak2, keputusan diambil untuk cuba cari ustaz lain.. sebab anak2 tak mahu menunggu lagi.... sebab, anak2 risau yang kemungkinan Mak masih bernafas hanya disebabkan oleh adanya "saka" dengan Mak... 

Ustaz yang ubatkan Mak ni pun datang bertiga dengan kawannya... muda lagi Ustaz ni..


Satu harapan aku, semoga Mak bebas dari saka .. dan benda itu tidak lagi mengganggu ahli keluarga yang lain.. Benda itu ada jugak " mengusik " anak menantu dan cucu2 Mak, tapi tak teruk la.. agaknya nak bergurau je kut.. :)



Friday, January 6, 2012