Monday, April 30, 2012
Friday, April 27, 2012
Tuesday, April 24, 2012
:: Angkara bomoh ..
Mereka sekampung, duduk berjiran sebelah menyebelah. Dulu sangat akrab. Maklum berjiran kan. Rapat lebih dari saudara.
Tapi sayang .. itu dulu.. Sekarang mereka bermusuh...
Ceritanya, anak kak peah diserang sakit misteri, katanya lah... sakit pelik. Lalu khidmat bomoh dicari.. Bomoh dari kampung sama... Bomoh Nik Man namanya...
Satu petang, Bomoh Nik Man datang nak ubatkan si anak...
Semangkuk air, entah air apa tak pasti, Bomoh tilik2... lantas punca penyakit ditemui..
" ada orang dengki..." katanya..
Air ditilik2 lagi...kononnya nampak yang membuat angkara..
"Orang dekat je ni.. dekat2 sini je.." katanya Bomoh penuh yakin..
Sentak seluruh family kak Peah... Anak bujang naik darah.. mengamuk bukan pada si Bomoh tapi orang yang kononya hantar penyakit pada si adik..
Suami kak Peah turut naik angin sama..Pendek kata seluruh family Kak Peah naik angin..
Esoknya, seluruh kejiranan dikampung tahu siapa sipembuat angkara.. Tak lain tak bukan jiran Kak Peah..
Kak Peah bulat2 percaya pada tilikan siBomoh.. Tak usul periksa.. A kata Bomoh, A lah kata Kak Peah laki bini...
Makanya, bermasam muka la Kak Peah dengan jirannya tu.. Tak habis setakat tu, Kak Peah laki bini turut jaja cerita kononya jirannya tu dengki pada mereka.. Hantar sihir pada mereka sekeluarga..
Bila ditanya orang kampung , jawab Kak Peah laki bini..
" Bomoh Nik Man tilik dalam air, nampak mukanya kat situ.."
Tapi orang kampung tak bodoh..tak ikut menilai dari kata2 bomoh semata2...
Sorang dua orng kampung yang geram dengan situasi fitnah memfitnah ni bersuara lantang.
" eloknya heret Bomoh Nik Man tu kemari, cuba tunjuk kat aku, mana muka yang muncul kat dalam air dia tu... bak sini aku nak tengok... "
" Dia tu nak ubatkan orng, ubatkan jelah, tak payah nak cakap orang tu buat , orang ni buat.. "
Kesian jirannya tu, tak pasal2 dituduh begitu.. orang kampung kenal dia.. mereka tau dia tak kan buat benda begitu.. lagipun apa yang Kak Peah ada sampai orang nak dengki2 ni...
Dan orang kampung juga tau Kak Peah laki bini suka pakai khidmat bomoh2 ni.. asal sakit, cari bomoh..
Dulu anak perempuannya sakit.. puas berubat.. puas jugak tuduh orang sana sini... Last2 keklinik... sakit apa aku dah lupa.. tapi anaknya tu, kena operate kat hospital..sampai sekarang sihat walafiat...
Tidakkah dia mengambil pengajaran dari peristiwa dulu ?
Monday, April 16, 2012
:: Mcam ummi dulu dulu..
Tengah hari yang terik, panas, Afiq berlari laju menuju ke sebatang pokok yang rimbun.. Kawan2 dah ramai menunggu disana dengan bola sebiji..
Aku yang tengah hangat lagi tambah hangat..Dah panas terik... kejap lagi tu mesti si Afiq duk sedap berlari kejar bola tengah terik mentari.. Demam dan batuk belum kebah lagi.. hingus pun duk meleleh lagi..
Malam tak leh tido duk batuk je nanti...
Mula aku duk jerit2 panggil Afiq.. Langsung tak dipeduli.. makin rancak lagi ada duk kejar bola.. Hadoi.... Sabar sabar...
Tak sampai lima minit, Afiq berlari balik.. macam masuk lumba lari pulak gayanya.. Fuhhh.. lega, dia dah balik.. nanti nak pujuk2 dia suruh tido kejap..
" Afiq, mandi pastu jom kita tengok wonderpets.."
" Bukan balik lagi, nak amik pedang je.. nak main lawan2..."
Wahhh... yang hangat jadi tambah hangat.. sepantas kilat jugak dia berlari pergi... tak sempat nak cakap apa dah...
Aku tarik nafas.. bertenang kejap.... pastu aku turun bawah, cari selipar.. tak boleh jadi, kalau tak kena heret balik, confirm tak baliknya... baru aku nak pakai selipar, adik aku sound aku...
" ala long, ko dulu pun sama macam Afiq.. main tak ingat siang malam... tak boleh ikut pintu, tingkap rumah pun ko terjun.. hujan panas ko redah....skrg ko tak yah duk kecoh ngan Afiq... bukan main jauh jauh pun budak tu.."
Hah,.. hambek... aku juga yang kena... tu la kecik2 sapa suruh nakal sangat...
Sunday, April 15, 2012
:: Diary ...
Sebelum menulis di alam maya ni, aku ada diary.. yang pasti bertukar saban tahun.. setiap peristiwa pasti tak lepas dari tercoret disitu, terutamanya masa zaman bujang2 dulu..Dah kawen still ada lagi diary tapi sorok2.. segan dengan husband... :)
Start tulis diary sejak aku sekolah rendah lagi.. kalau tak silap dalam darjah 4.. Masa tu ada sorang cikgu bagi hadiah diary.. Waktu tu tak tau pun apa nak buat dengan Diary tu... sampailah satu hari tu bergaduh dengan budak sekelas pasal apa entah... biasa la, budak2 kan...
Cikgu yang bagi diary tu cakap la, lain kali kalau ada tak puas hati kat kawan ke, sape2 ke, tulis je kat diary yang cikgu bagi tu.. tak payah sampai nak bergaduh...
so, start dari situ aku mula menulis... sayangnya, diary aku yang masa skolah rendah tu, dah hilang.. kalau tak boleh dijadikan kenangan .. Aku pun dah lupa apa yang aku tulis masa budak2 dulu....
Banyak kisah aku dengan Diary.. Pernah bergaduh dengan adik2 aku gara2 diorang curi baca diary aku.. kecoh satu rumah..
Kes masam muka dengan rakan2 tu dah selalu sangat , sebab apa? Apa lagi kalau bukan pasal diary nih..
Tempat simpan surat2 cinta monyet pun ia jugak.. dapat surat je, tampal kat dalam diary.. .konon tak nak bagi org baca, tak nak lupa tempat simpan..
Itu dulu, tapi sekarang aku dah blog... dan blog ni pun tak siapa yang kenal aku tau psal aku ada blog... kenapa? nanti lepas ni aku bagitau... sekarang nak tido.. ngantuk..:P
Thursday, April 12, 2012
:: Menentang ketentuan ???
Terkadang aku terpaksa berkata ya pada sesuatu keputusan yang hati aku berkata tidak...
Terkadang kepala terpaksa mengangguk sedangkan hati meronta untuk menidakkan sesuatu...
Terkadang terpaksa tersenyum pada sesuatu yang sepatutnya aku menangis...
Kerana kepentingan keluarga melebihi dari keperluan dan kepentingan diri sendiri...
~ korbankan sesuatu untuk sesuatu, kerna kita tak punya pilihan ~
Wednesday, April 11, 2012
:: Dalam kenangan selamanya...
9 tahun, satu tempoh yang agak lama.. Bermacam dugaan aku tempuh.. Berbagai ragam manusia aku hadap.. Dari Feb 2000 sampai May 2009, cukup untuk mematangkan aku, cukup bekal untuk aku keluar ketempat lain..
Ucm Ind Corp, tempat yang cukup bersejarah untuk aku... tempat kerja yang paling lama aku bertahan, 9 tahun !!
Disini, bak kata boss aku, kita masuk sini dengan zero, tapi kita keluar dengan penuh ilmu.. kita masuk merangkak, tapi kita keluar berlari...
Banyak pengalaman aku disini.. terlalu banyak episod suka dan duka.. Boleh aku katakan, ucm mengajar aku menjadi manusia yang penuh warna..
Disini tumpahnya cinta, cemburu, airmata, irihati, hasad dengki, bahagia dan gelak ketawa..
Cinta hati aku bersemi disini... ucm menjadi saksi pelbagai dugaan dan rintangan, menjadi saksi segala pujuk rayu... Disini ada duka dan luka yang terpahat kukuh dihati... Tinggal kesan hingga kesaat ini..Pelbagai sejarah tercipta disini...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tak pernah aku menduga, ucm akan mengalami kerugian setelah berpuluh tahun beroperasi... Tapak office dan kilang akan dijual..
Aku keluar dari ucm tahun 2009, ( vss ) dan tahun 2012, tapak office akan dijual...( klu tak silap )
Rasa sedih dan terkilan sebab disini segalanya bermula....
Seakan masih baru semalam aku disana... dan tak lama lagi segalanya mungkin sudah tiada lagi...
Majlis perpisahan pada tahun 2009, tak semua pekerja yang terlibat dengan vss.. masih ada sebilangan kecil pekerja yang tinggal...
Dulu ....
Dan kini ...
< Didepan guard house nilah husband jatuh cinta pandang pertama kat aku... :P >
Monday, April 9, 2012
:: Hujan ..
~ image dari google~
Kat luar hujan renyai2. Sejuk dan nyaman rasanya. Dulu2 kalau time hujan cam ni, harus berkubang kat tengah 2 laman rumah tu.. Dan harus jugak lepas tu kena marah dengan Ma. Dan silap2 hari bulan harus jugak kena rotan.
Indah bila dikenang balik.. Sekarang time hujan cam ni, duk termenung tepi tingkap.. layan angan2.. terkenang semua benda yang pahit dan manis.. Dan terasa jugak macam nak mandi hujan.. Ni kalau redah jugak mau Ma Abah aku pengsan tengok aku duk berkubang tengah hujan... hehheehhe
~Kadang-kadang berangan boleh buat jiwa jadi bahagia tapi jangan sampai masuk hospital bahagia sudah~
:: Akhirnya ...
Fuhhhhhh..... Akhirnya siap jugak renovate blog ni.. Jenuh la jugak.. Tapi ini pun still ada yg nak kena adjust sikit lagi..
Haru la jugak nk siap sampai cam ni pun.. bloglist ada yang terdelete..kena cari balik..
Lama tak jenguk blog kawan2.. Lepas ni bolehlah.. rindu nak merayap kat blog2 kawan2 semua..
Mata dah penat.. tido time.. selamat malam semua, owhh, dah pagi weyh!!!
okeyh, harap2 tido ni ada mimpi indah datang bertamu... :P
Subscribe to:
Posts (Atom)