Tuesday, May 1, 2012

:: 'Thank You Cikgu! Giveaway by Mala Nasohah'..




Petang-petang begini terasa rajin lak nak join GA..  Dianjurkan oleh cik mala sempena hari guru nanti.. 

Antara syarat penyertaan adalah kena buat ucapan terima kasih pada guru tersayang..

Syarat lain sila ke blog cik mila ...

saya tag semua orang yang baca n3 ini... :)
Nak join, klik gambar kat atas..

ok, ini ucapan saya untuk cikgu yang pernah mengajar saya..


Assalamualaikum, 
Buat cikgu yang pernah mengajar saya mengenal huruf, mengenal warna, mengenal liku-liku hidup alam persekolahan, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan..
Cikgu ibarat ibu dan bapa saya disekolah. Tabah dan sabar melayan karenah yang bermacam ragam. Tekun dan penuh azam mendidik saya dan rakan-rakan untuk menjadi orang berilmu..
Jasa cikgu takkan mampu terbalas oleh kami, anak-anak murid cikgu. Dan cikgu tak pernah minta balasan.. Memang cikgu dapat gaji setiap bulan... tapi gaji cikgu masa tu untuk ajar kami waktu persekolahan tidak termasuk kelas tambahan yang cikgu buat lepas waktu sekolah.. 
Cikgu tak pernah merungut bila kami minta adakan kelas tambahan.. Cikgu tak pernah minta bayaran..
Cikgu tak marah bila kami ketuk pintu rumah cikgu bila tiba musim nak exam.. Cikgu jemput kami masuk dengan senang hati...Cikgu siap sediakan kami makanan... 
Terima kasih cikgu...



6 comments:

:: Apa kata hati ..