Monday, June 27, 2011

:: Bila masalah dah sebati...




Siang tadi , ofismate tanya aku, apakah pernah aku hadap masalah? Apa cara aku hadapinya? Aku senyum je.. aku pandang je muka dia.. Teman aku yang sorang ni, hari2 bercerita masalah hidupnya.. sampai pernah satu hari dia kata, dia tak sabar menunggu mati kerana dia sudah cukup derita...< dia bukan islam >  Dia tanya aku, apakah aku takut mati? Lalu jawapan aku , YA, aku takut mati sebab  bekalan aku belum cukup..sikit yang amat...

 Lagi dia tanya aku, apakah hidup aku tak pernah ada masalah?? Aku tarik nafas panjang,... 
Aku katakan padanya, aku tak pernah rasa sedetik tanpa masalah...sekarang ni pun aku ada masalah....yang tak pernah surutnya, yang sentiasa datang tanpa dapat ditepis..

Tanyanya lagi, apa yang aku buat? 
Oh teman, aku tak pernah minta masalah datang, aku tak pernah minta jalan hidup aku begini.. Aku pernah menyesal tapi untuk apa, bukan masalah terus hilang pun.. aku nak merungut pun pada siapa? siapa yang masih sudi mendengar ? ya, aku punya kawan, tapi setakat mana pun boleh aku cerita , ada hadnya.. 

Dia mengeluh, katanya, kenapa hidupnya banyak masalah... 
Aku katakan padanya, untuk aku yang beragama islam, itu tandanya Allah sayangkan aku.. Allah pilih aku untuk diuji, kerana setiap yang datang itu ada kemanisan yang tersembunyi.. cuma aku yang tak pernah bersyukur atas segalanya.. 

Kalau Allah sayang, kenapa Dia bagi masalah?
Kerana Allah tak kan bagi kita masalah yang kita tak mampu nak hadapi. Dia takkan bagi kita ujian diluar batas kemampuan kita...

Teman aku diam sekejap sebelum dia bertanya lagi.. Apa masalah aku?
Ohh.... masalah aku sangat rumit pada aku, sangat enteng pada pandangan orang.. dan rasanya, belum masanya aku kongsi masalah yang telah sebati dengan jiwa aku... 


Buat teman , 

Hari2 kau mengadu itu ini pada aku, seribu masalah. kadang sampai kadang tidak.. tapi banyaknya aku cuma menganguk tanda faham.. tapi kadang aku tak tau pun apa hujung pangkal cerita..
Tak kisahlah kan, janji aku dengar, janji kau senang hati..

Kadang aku jeles , aku cemburu, kerana kau mampu jugak bercerita masalah, kau ada tempat mengadu, kau ada orang yang sudi mendengar.. 
Sedang aku, hanya memendam, tak terluah.. hanya diblog menjadi tempat curahan rasa..
Bukan tak punya teman tapi iya lah, aku tak pandai mengadu masalah.. takut lain jadinya nanti... 

Aku masih punya suami, tapi seperti ada yang tak kena.. terasa seperti ada ruang kosong antara kami... ruang kosong yang aku sendiri tak mampu isi.. Dia bukan lagi pendengar setia, yang sudi untuk berbicara tentang hidup aku.. Cukup pasal suami aku.. 

Teman,
Aku punya masalah sudah sebati, sudah beku bersama perjalanan masa .. Sakit. Beban yang berat.. Tapi apa daya aku? Semua itu aku hadam bersama luka, parut dan segala beban.. Dan kini, tak perlu ditanya bagaimana aku menyelesaikan masalah hati aku, kerana ia nya tak pernah selesai, kerana aku tak pernah cuba untuk selesaikannya... kerana aku yakin dan pasti, sekali aku melangkah , aku membawa bersama hati2  insan2 yang aku sayang... dan setiap keputusan yang terlintas dihati, lintasan wajah2 mereka menyekat setiap tindakan.. ...



Friday, June 24, 2011

:: Kelebihan Hari Jumaat ..




1. Berlakunya hari kiamat.



Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.



Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.



Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.



Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

5. Kebaikan dengan memotong kuku.



Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

 

 

Wednesday, June 22, 2011

:: Cuba ummi ...

Melayan kerenah sihero kecil tidak mudah dan kadang2 agak rumit.. Memerlukan seribu kesabaran.. Tapi , ialah, itu semua akan jadi penawar kala duka kan.. Bila sesekali teringat kembali, bisa buat aku tersenyum .
 Afiq : Ummi, cuba ummi muah afiq...< sambil gesel2 badan tu, laga2 pipi>
Ummi : Ermmm...dah ..Cukup..
Afiq : Dah tu, cakap la ummi...Afiq busyuk..  
 Ummi: Wangi, bau bedak lagi... 
Afiq : Ummi, ummi jangan menipu.. Afiq busyukk.. kena mandi..< dah agak dah, nak mandi lagi.. baru mandi belum pun sampai 2 jam>
Ummi: Tak de pun... wangi lagi..baru je mandi.. Afiq lupa ek,..?
 Afiq: Ummiiiiii.... cuba lagi sekali... hahhh... busyuk kann?

Dan kesudahannya, jenuh la nak kelentong dia bagi delay dia punya nak mandi tu...  
Kadang2 bila badan penat , dia asyik bertanya itu ini, aku cuma ermm dan iyekan iyelah.. kadang tak masuk dalam kepala pun apa yang dia tanya.. Dan jadilah dialog2 yang agak sengal...heheheh.