Hari minggu lepas Ma dan Abah datang umah aku ... Seronok betul si Afiq.. mana tak nya, ada atuk dan nenek melayan .. habis diheretnya atuk main game kat pc..
Aktiviti ngan abah dan ma agak padat, tak cukup masa. Hari jumaat malam tu, bawak diorang pergi ICT ..Afiq la yang seronok.. Seronok rasa bila tengok ma abah senyum sepanjang masa.. rasa happy. Bahagia.
~ inilah ma abah saya. ~
Ronda2 kat ICity sampai pagi.. Dioarang dah penat .. Balik singgah makan kat kedai mamak sebab si Afiq nak makan nasi... :)
Hari Sabtu petang tu bawak Abah pergi Bukit Jalil.. Tengok bola. Piala FA. Ma tak ikut. duk umah je.. Puas ajak, tak nak ikut ..
Hari tu memang rezeki Abah. Ingatkan tak boleh masuk stadium dah sebab kami pergi dah petang.Dalam pukul 6 lebih dah pun.. tengok ramai orang parking kat luar.. jauh gile kalau jalan tu.. Tapi dah memang rezeki Abah kan, kitorang pusing lagi , tup2 jumpa jalan masuk parking stadium yang polis tak tutup.. Jadinya kami parking betul2 kat pintu masuk stadium.. kat belah penyokong Terengganu.
Jalan je , ada pulak orang jual tiket . Kitorang beli je.. Tapi iya lah kan, dah parking pun kat penyokong terengganu, tiket pun belah terengganu la.. Abah kata dia tak kisah.. janji dapat masuk.. On aje. lagipun suami aku kan orang terengganu.. Sekali menang pulak Terengganu malam tu..
Hari Ahad tak pergi mana2 sebab suami aku ada kerja .. So kitorang lepak rumah je..
Hari isnin malam diorang dah nak balik.. bas pukul 11 malam.. Kitorang keluar awal sebab Abah cakap dia nak makan sate kajang.. so, kitorang singgah makan kat awan besar tu je lah.. nak p kajang dah tentu tak sempat..
~ Diorang cakap sedap.. nnt nak bawak diorang p kajang lak ~
Lepas makan, dah solat maghrib kat situ, kitorang terus ke KL. Ronda2 klcc lak.. lepak sana jap..
Abah ngan Ma siap posing sakan lagi... Aku cakap kat Abah, tu nanti balik nak tunjuk kat orang kampung la tu.. sambil lepak kedai kopi... Abah bantai gelak je.. betul la tu....
Habis lepak KLCC, bawak diorang p dataran merdeka lak.. Afiq jugak yang seronok... satu padang dia berlari... puas kejar weyhh.,.. nasib baik la orang tak ramai malam tu...
Pukul 12 diorang naik bas... Rasa lega bila semua berjalan lancar... rasa lega juga bila apa yang diorang nak , semua dapat.. puas hati walaupun poket kering terus... Masa nak balik tu, abah nak bagi duit... tapi aku tak ambik pun.. takkan la dari kecik sampai besar nak harapkan duit abah... dulu abah susah payah cari duit untuk aku, apa salahnya sekarang aku susah payah untuk dia kan..
salam kak fiqas~
ReplyDeleteseronoknya dapat gembirakan mak ayah!
bila lar pulak giliran aku nak bawak ortu aku jalan-jalan kan..jarak terlalu jauh sangat.
ReplyDeletenih mesti sempena hari bapa kan,patut lebih banyak tertumpu pada bapa.
Sunah, mmg seronok , tambah lagi kalau diorang pun seronok...
ReplyDeleteBisk, mesti akan ada satu masa yang boleh bawak diorang nanti.. insya allah...
amboii..bagus la fiqas ni/..
ReplyDeletehai fiqas...
ReplyDeletema dan abah seronok dapat berjalan2.
Afiq laaaagi seronok dpt jln2 ngan tok bah dan tok ma nya. :D
tak pernah lagi g ICT walaupun actually dekat jer...huhu
ReplyDeleteBunga, tak de la bagus sgt pun.. :)
ReplyDeleteCah, iye betul, tepat sekali.. hahhaha
Papa, biasa la, org dekat selalu lambat, tak heran sbb depan mata je kan,..
Salam fiqas.
ReplyDeleteTentu seronakkn dpt bawa prg tua jalan2. saya agak ralat sikit sbb x pernah bawa ayah dan mak ke sabah tika saya kerja sana dulu.
Shamel, w'salam.. mmg seronok.. rasa bangga dan puas yang tak dapat nak digambarkan..
ReplyDelete