Tuesday, July 19, 2011

:: Cuti-cuti ke Pangkor ..

2 minggu lepas aku satu family ke Pangkor. Ma abah dan adik2 aku dari kelantan terus ke Lumut. Aku dan suami dari Shah alam.. Sampai jeti Lumut dah dekat pukul 1 lebih.. Kesian diorang tunggu lama.. 

Percutian ke Pangkor memang seronok.. Apatah lagi dengan family. Cuma adik lelaki aku je sorang tak ikut. Tak dapat cuti... 

Sewa chalet kat Teluk Nipah, D'Lima chalet.. memang puas hati.. service yang ok. Chalet pun ok. walaupun ada yang tengah nak renovate. Tapi suasana ok la. tak ada gangguan dari pengunjung lain. 


~ ini lah ma , abah n adik bongsu aku ~ 


~ itu afiq ngan adik aku, menuju pantai ~

Aktiviti hari pertama cuma mandi pantai je petang ni.. best sangat.. Afiq paling seronok, mula tu dia takut.. lepas dah masuk dalam air, langsung tak nak balik.. jenuh pujuk , siap nangis la kat pantai tu...

Malam kitorang keluar makan kat tepi pantai tu je.. makanan boleh tahan. Fresh sangat seafood dia.. 

~ Afiq makan paling banyak malam tu,  orang lain belum start makan, dia dah habis sepinggan ~ 




Lepas makan ronda2 tepi pantai, cuci mata kat gerai yang banyak berderet tepi jalan .. 
 
 
 

18 comments:

  1. peminat no 1 seafood tengah membaca.hihi

    ada satu pulau yang jauh sikit dari pulau pangkor.kat situ lar saya bertapa dulu.

    ReplyDelete
  2. laaaaaaaaaa...
    awat akak tak ckp awai2?

    bole kita jumpe...
    rumah sy ke lumut hanya 1 jam je...

    ReplyDelete
  3. wahh..best nye..ecah hr tu g balik hari jee..

    ReplyDelete
  4. Wahh beznyer melancong kat pangkor.. Xtau la ble berkesempatan untuk pergi sana gak..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. EE g thn lepas ms ry cina...pangkor mmg best.

    ReplyDelete
  6. salam dik - lama tak pi pangkor...seafood mmg terbaik kan :)

    ReplyDelete
  7. waaah...best best best...bertambah best bila kita berjalan2 makan hangin ni bukan time cuti sekolah....

    p/s: dah besar dh afiq eh...errr...mana gambar ummi afiq? :D

    ReplyDelete
  8. mahai tak duk kat d'lima chalet tu?

    ReplyDelete
  9. ermm.. fiqas tentu melintas hampir dgn rumah saya.. suka pantai di P Pangkor..

    ReplyDelete
  10. @ghost writer ohhh.. tempat bertapa yng pernah diceritakan dalam blog dulu ye?

    ReplyDelete
  11. @white rose lorr, iye ke.. mmg ingt nak cerita kat blog sblm pergi tu, tp biasa la, kemalasan melanda..:)

    ReplyDelete
  12. @Ecah Ecot balik hari tak puas jelajah la ecah..

    ReplyDelete
  13. @nazira mmg best.. rasa macam nak pergi lagi je..

    ReplyDelete
  14. @EE raya cina? mesti ramai giler org kan.. tp best tu mmg best..

    ReplyDelete
  15. @lina mmg terbaik , fresh dari laut.. :)

    ReplyDelete
  16. @apple hijau time cuti sekolah mahal sikit kut.. tambah lagi org pun ramai..

    errr, gambar ummi afiq, tak de org nak snap.. hehehhe

    ReplyDelete
  17. @Mama Gee tak mahal mama, murah jek kalau nak banding dengan chalet lain.. servis pun ok..

    ReplyDelete
  18. @a.samad jaafar oh iye ke? rumah mad kat mana? masa nak pergi tu teringat jugak dekat yob, tapi igtkan yob kat kuala kangsar..

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..