Wednesday, November 24, 2010

:: Petua mak dara ...

Salam semua.... lemau jek rasa petang2 cam nih... kan best kalau dapat pekena goreng pisang...uikss, ingt makan jek..

Ni aku nak share petua nagn korang... Sharing is caring kan.... 


Penawar Resdung.

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.



Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.



Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan timun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar…


Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.


Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.


Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini jugaberfungsi utk membersihkan kulit  
 

8 comments:

  1. best2 petua ni..senang nak buat!

    ttp://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. nak test yang memerahkan kulit muka tu...yang itam leh jadi cerah x?? heheh

    ReplyDelete
  3. cik shabah ada resdung.so tenkiu tuk petua redung tu oke ;)

    ReplyDelete
  4. wah suka..suka.. nak try lah malam nie..thanks kak

    ReplyDelete
  5. Mama ~ senang klu rajin...:)

    Cik mas ~ :)

    Han ~ test jgn tak test...kut leh transform jadi putih lk pasni...

    Cik Shabah ~ cuba la nnt..kut menjadi ke..

    Angah ~ suka ek? rajin2 la try nnt...:)

    ReplyDelete
  6. waduuuh...ada petua rupanya. Ya kalau begitu bertambah cantik sih kamu nanti Fiqas..hehehehe...

    ReplyDelete
  7. CAH ~ hahahaha....meh kita sama2 cantik...

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..