Monday, February 7, 2011

:: Petua mengasihi isteri ...



1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang anda sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik. Suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari masa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rasional bukannya mengiyakan semuanya. Sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam. Kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya beri duit raya kepada anak-anak sahaja. Berilah juga kepada isteri anda. Tak kiralah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Orang perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia, mereka akan menjadi pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai.

2. Telefon atau hantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hi’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati anda. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

3. Berkongsilah masalah dengan mereka. Cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri anda dan amat diperlukan.

4. Orang perempuan sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting. Contohnya hari ulangtahun. Jangan lupa untuk membeli hadiah untuknya.


5. Orang perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan anda walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya anda tiada halangan ketika itu.

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan anda disisi mereka.

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

8. Berbincanglah selagi anda boleh berbincang, dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan anda menggunakan kuasa veto anda dalam membuat keputusan.

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah wanita tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada anda. Jadi anda perlulah peka dan gunakan kepakaran anda untuk memenangi hati mereka.

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar, lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. Tetapi anda jangan sama-sama meletup. Anda juga jangan lupa dalam diri anda sendiri wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Di tahap ini, kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin anda juga boleh ‘sejukkan’ diri anda dengan berfikir secara positif.


~ sumber dari sini ~

5 comments:

  1. betapa terlalu banyak yang perlu diberi perhatian...

    InshaAllah..sekalipun aku belum berkahwin.

    ReplyDelete
  2. Geheheh... Petua mengasihi suami pulak macam mane :p

    ReplyDelete
  3. hmmm...sebagai seorang yg telah lama menjadi suami..err...no komen hihihi..

    ReplyDelete
  4. Bisk, moga kamu akan jadi seorang suami yang disenangi...

    Kertas A4, nnt ye, sy cari infonya... :)

    Mad, sy tahu mad seorang suami yang bagus..:)

    Angah, sama2,.sharing is caring..

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..