Monday, February 14, 2011

:: 14 Feb ..?

Semua tau kan , ada apa dengan hari ini, 14feb .. terutama anak anak muda belia, pasangan bercinta ... bohong ah kalau korang korang geleng kepala. ... tepuk dada tanya selera oke...
Valentive day, bukan untuk kita yang beragama islam, sudah terang lagi bersuluh, mengapa harus kita buat buat tak tahu, pura pura tak nampak ??
Boleh nak berkasih sayang, tapi kenapa mesti kita agungkan Valentine daya, sampai harus disambut dengan segala bagai program? 
Tunjukkan kasih sayang dengan jalan yang betul, tak salah bercinta, tapi ikutlah tata cara, adat resam kita sebagai orang islam.... bercinta lah selagi korang mampu, asalkan tidak menyimpang ..


Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.  ( ( (Sumber dari Sunah )

9 comments:

  1. dia dah mati dah pun...

    dia mati bukan untuk kita pun...kenapa mesti nak ingat pasal dia.

    ReplyDelete
  2. hehehe angah sambut tuk mak hehehe...

    ReplyDelete
  3. uih.. tak payah la kite nak ikut2 budaya barat ni ngah..

    ReplyDelete
  4. katakan tidak pada valentine day :)

    ReplyDelete
  5. yeay..ecah x sambut valentine ha....baik smbut maulidur rasul esok kn?kn?hehe

    ReplyDelete
  6. bagus bagus... sama sama la kita menasihati antara satu sama lain.. yang haram tetap haram.. :)

    ReplyDelete
  7. n3 fiqas semakin mantap.. tahniah ! saya yg ganas ni pun tak pernah terfikir utk sambut benda yg bukan2 nih..

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..