Monday, February 14, 2011

:: Salam Maulidur Rasul ...


Salam maulidur rasul untuk semua sahabat yang beragama islam.. esok korang cuti kan ? aku kerja beb ... mencikkk.... :(
Esok boleh la kalau korang nak celebrate ke nak apa ke ... tapi buat la dengan cara yang betul, jangan korang pi celebrate kat mana mana tempat yang bukan bukan... jangan angkut anak dara orang p masuk ceruk mana mana... 
Bersama lah kita banykkan selawat keatas Nabi .. semoga kita mendapat keberkatan ...

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


~ sumber dari Wikepedia ~

9 comments:

  1. sahabatku fiqas.. entah mengapa hati tersentuh waktu membaca n3 ni..saya ulangi sbyk 2x.. t kasih fiqas.. 'sampaikan walau hanya satu ayat.."

    ReplyDelete
  2. apesal ko kene kerja pulak... ko karate kan aje bos ko tu... hehe hehe :)

    ReplyDelete
  3. nice entry

    salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
  4. salam fiqas...

    subhanallah..betapa Allah memberikan manusia pelbagai nikmat..tinggal manusia sahaja yang tinggal mahu memilih...sama ada mahu kufur atau bersyukur..:)

    Sunnah Muhammad s.a.w
    Sollu..Sollu..Sollu..

    ReplyDelete
  5. salam fiqas...

    subhanallah..betapa Allah memberikan manusia pelbagai nikmat..tinggal manusia sahaja yang tinggal mahu memilih...sama ada mahu kufur atau bersyukur..:)

    Sunnah Muhammad s.a.w
    Sollu..Sollu..Sollu..

    ReplyDelete
  6. ya kak...
    sirah Rasulullah ni jgn kita lupakan...

    banyak jasa Baginda kpd umatnya...

    salam maulidur rasul...
    semoga dengan sempena kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, kita umat islam sentiasa bersatu padu diseluruh dunia dan meneruskan perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam...

    ReplyDelete
  7. salam maulidur rasul semua ...

    ReplyDelete
  8. salam maulid nabi~;) sollu a'lan nabiey~:)

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..