Kadang2 bila keseorangan, aku sering terfikir, apakah kelembutan hati aku satu kelebihan atau kekurangan aku ?? Aku tak pernah ada jawapan untuk itu ..
Kadang2 aku benci bila hati aku mudah sejuk, mudah cair ... Aku tak pernah bagi peluang pada hati aku, pada perasaan aku ... Aku yang sering tewas pada kelembutan hati aku sendiri ... Aku yang sering lemah pada keadaan.... aku sedar .. tapi aku buntu ... hati dan fikiran tak pernah selari, tak pernah sependapat ...
Aku sedar ini.. apatah lagi 2 orang teman rapat aku pernah bagitau aku, aku jadi begini kerana hati aku yang lembut, yang mudah sejuk tanpa perlu dipujuk.. hanya biarkan masa berlalu, dan aku akan kembali seperti tiada apa2 yang berlaku... tapi kata mereka, dimataku tetap ada duka ...
Untuk sahabat yang aku sayang, ....Sue, kat sini aku terus terang, aku memang benci pada Dia, kau tahu siapa dia kan.. tapi apa daya aku.. banyak hati yang aku fikirkan , mesti kau akan cakap , hati aku ? tak apa nyah, hati aku memang sudah hancur, tiada apa yang tinggal .. berderai ... tak terkutip nyah... Kau memang lihat aku ketawa, senyum, tapi kadang2 tanpa aku sedar aku pernah menangis dibelakang ...Bukan aku tak mahu mencuba,tapi aku tahu aku tak kan kuat untuk itu.. aku bukan takut tiada dahan untuk berpaut , tapi ada sekeping hati kecil yang perlu aku semai , agar hati itu membesar dengan sempurna...... aku tak kuat untuk jauh dari pemilik hati kecil itu, dan aku tak ingin mendera hatinya ...kau faham maksud aku kan nyah ?Ada benda yang memang aku luahkan pada kau nyah, tapi ada benda yang aku memang tak terluah.. aku takut airmata aku gugur di depanmu...Terima kasih kerana kau sudi menjadi pendengar...
~ aku dibuai perasaan saat menulis n3 ini, titis air mata gugur , sebak rasa dlam hati, ~
wow...mmg tersentuh...
ReplyDeletesy juga begitu kak...
adakalanya sy tak mahu memulakan semula hubungan itu kerana hati sy dah semakin kecil...
sampai dah xde ruang tuk sy semai kembali...
terharu..:)
ReplyDeletebiarkan hati mu selembut itu
ReplyDeletetemani ia dengan ketegasan
insyaAllah kekuatan akan mengekori
belailah hati kecil itu
agar tidak akan ada benci dan dendam
agar ia membesar dengan penuh rasa kasih
p/s: haku pun sedih, tetiba...
knp nie?????fiq setiap apa yg berlaku kita memang patut luahkan...namun ia bole meringankan beban kita
ReplyDeletesue itu mesti kawan kamoo yg paling setia kan.gembiralah krn kamoo masih punya teman spt itu dlm suka dan duka kamoo.
ReplyDeleteececeh!hu3
WR, kadang2 kita hanyut dalam perasaan..
ReplyDeleteBunga,,.:P
Cah, peace with love..:P
Angah, musim duka berarak tak pergi2..:)
Aleen, dia memang sahabat tempat saya meluah rasa hati.. saya gembira kerana dia sentiasa ada untuk saya..
semakin hari semakin saya bagai dapat mengesan dilemamu, sahabat.. bersabarlah..
ReplyDeleteMad, sabar dah jadi rutin saya, dah sebati dalam jiwa, dan semoga sy akan terus dapat menahan kesabaran saya...
ReplyDelete