Thursday, December 9, 2010

:: Hidup Biarlah Selalu Menghargai ..

Bila kamu dah bertemu dengan orng kamu sayang, yang kamu cinta, yng kamu kasih, haruslah mencuba sedaya upaya untuk bersamanya sepanjang hayat mu ..Kerana apabila dia telah pergi, sedarlah, bahawa saat itu kamu telah kehilangannya dan kamu telah  segalanya telah terlambat...

Ketika kamu telah bertemu dengan seorang teman yang kamu percayai, yang membuat hatimu ceria, bahagia, senang bersamanya, seharusnya kamu rukun bersamanya...Kerana seumur hidup kamu, teman sejati takkan mudah kamu temui...Hargailah sebuah persahabatan...

Saat kamu bertemu dengan orng yng pernah kamu cintai, pandang lah dia, senyumlah padanya sebagai tanda terima kasih.. kerana dia pernah membuat hidupmu bahagia, kerana disuatu masa dulu, dia pernah membuat hidupmu begitu berharga...

Ketika kamu terserempak dengan orng yang pernah kamu benci, tegurlah dia dengan senyuman...Kerana dia membuatmu lebih teguh, lebih tabah...
Jika kamu bertemu dengan org yng pernah mengkhianatimu, tegrlah dia, senyum padanyan...kerana dia telah menjadikan kamu insan yang lebih pantas mengenal liku2 hidup...Jika bukan kerana dia, kamu mungkin masih tak memahami karenah manusia....

Saat bertemu org yang pernah diam-diam kau cintai, berkatilah dia...Kerana bukankah dulu kamu mengharapkan kebahagiaan bersama nya? apa salahnya kini kamu mendoakan kebahagiaan nya walau kamu bukan bersamanya...

Ketika kamu berjumpa org yng pernah hadir dalam hidupmu, dan dia pergi meninggalkan kamu begitu saja..,ucapkan terima kasih dan bersyukurlah kerana dia pernah hadir dalam hidupmu... Kerana dia menjadi sebahagian dari nostalgia indah mu...

~ Hidup ini indah jika kita saling menghargai .... n3 ini dari aku untuk kamu yang pernah singgah menghiasi hari2 ku.... ~

2 comments:

  1. ahhhh....indah betoi ayat2 cik FIqas....
    gemo awok membace nye.....

    awok suke ....
    tapi selagi kite bername maknusiye....selagi tu le ade dengki, dendam dan benci .......

    ReplyDelete
  2. arghh.. sy tak boleh nk senyum kalau terserempak dgn org yg pernah lukakan hati sy.. huhu..

    ReplyDelete

:: Apa kata hati ..